Pernah tak komputer anda mengalami situasi begini?
Semasa sedang online, anda ada buka satu website dan tiba-tiba ada satu software yang scan komputer anda. Terdapat arahan yang minta supaya anda install software tersebut. Lalu anda mengikut arahan yang diberikan dan 'run' software itu (contohnya software antivirus).
Selepas 'run' software tersebut, anda sering diganggu dengan arahan 'SECURITY TOOL' dan menyebabkan laptop anda tiba-tiba padam dengan sendirinya. Anda cuba untuk remove melalui control panel tetapi software ini tiada di situ.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini dan mengembalikan laptop anda sebagaimana sebelumnya, anda boleh pulihkannya dengan menggunakan System Restore.
Caranya:-
Langkah 1:
Start - Programs - Accessorries - System Tools - System Restore
1) Start - All Programs - Accessories - System Tools - System Restore (ini paparan Windows XP) |
Langkah 2:
Tick di 'Restore my computer to an earlier time' - NEXT
2) Tick di 'Restore My Computer to an Ealier Time' (ini paparan Windows XP) |
Langkah 3:
Pilih tarikh sebelum anda install software tadi. Contohnya anda ter'install' software tersebut pada 25/9/2010, maka pilihlah tarikh 24/9/2010. Sekiranya anda terlupa tarikh install, anda boleh agak-agak tarikh mungkin seminggu atau sebulan sebelum install software itu.
3) Pilih tarikh sebelum install software yang tidak diingini itu (ini paparan Windows XP) |
Langkah 4:
Klik NEXT dan ikut arahan yang diberikan.
Selamat Mencuba.
p/s: Sekiranya anda telah melakukan System Restore tetapi paparan 'Security Tool' masih lagi keluar, kemungkinan komputer anda perlu di'reinstall' Windows. Perlu dihantar kepada mereka yang berpengalaman membaiki komputer.
No comments:
Post a Comment