Showing posts with label Windows. Show all posts
Showing posts with label Windows. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Tanda-tanda Windows Tak Original (Pirate)

Di sini saya kongsikan foto antara tanda-tanda menggunakan Windows tak original (pirate)




Wednesday, January 26, 2011

Paparan Windows terbalik?

Paparan Windows terbalik 180 darjah?

Kenapa boleh jadi macam ni?
Macam mana nak supaya kembali seperti asal?
Jangan risau…
Senang je nak ubahnya…
Anda hanya perlu tekan key 'Ctrl + Alt + Arrow (ke kiri / ke atas / ke depan / ke bawah) ' sekaligus…
Paparan akan berubah kepada kedudukan asal seperti ini…

Thursday, September 30, 2010

Bagaimana untuk mengenal Windows Original?

Perhatikan gambar di bawah ini...

Pelekat Windows Vista (sekadar 1 contoh)
Pelekat Windows XP dan Windows 7 lebih kurang gambar ini juga
Pelekat yang TENGAH SAHAJA perlu difokuskan!

Product key yang biasanya ditampal di belakang laptop / PC

Dua gambar pelekat (sticker) di atas adalah tanda sama ada komputer kita guna Windows original atau tidak. Sekiranya tiada pelekat ini, kemungkinan besar komputer anda tidak menggunakan Windows Original. 

Kelebihan menggunakan Windows original ini kita boleh update Windows tanpa sebarang masalah. Tetapi sekiranya komputer tidak menggunakan Windows original dan anda tetap juga update Windows, kesannya Windows anda tidak dapat berfungsi seperti biasa, beberapa program akan disekat contohnya tidak dapat melayari internet, tidak dapat membuka pendrive (di komputer lain pendrive boleh buka pula) dan sebagainya.