Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Doa Naik Kenderaan

Entri ini sukalah Sis Fiza kongsikan dengan pembaca sekalian  doa naik kenderaan yang abah Sis Fiza ajar…

"Ya Allah Ya Tuhan kami, lindungilah hamba-hambaMu ini daripada kejahatan diri ini, kejahatan kenderaan yang kami naiki ini serta daripada kejahatan jalan yang kami lalui ini..Peliharalah kami Ya Allah".. Amin…

Moga kita selamat dalam perjalanan… InsyaAllah…

Ya Allah Ya Tuhanku… rahmatilah daku, suamiku, ummi dan abahku, ming & abah mertuaku,  adik-beradikku, ipar-duaiku, datuk dan nenekku, guru-guruku, saudara-maraku, sahabat-handaiku, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat… 
Ya Allah..kami tidak layak untuk memasuki SyurgaMu..tetapi..kami tidak terdaya menahan siksaan api nerakaMu Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa hambaMu..

Thursday, September 30, 2010

Usaha Tangga Kejayaan

Untuk berjaya, anda perlu sentiasa positif walau apa pun ujian, kerana ujian itu untuk membina karakter anda menjadi lebih HEBAT, bukan untuk memusnahkan anda!

Langkahlah setangga demi setangga supaya lebih selamat... Kalau dilompat 4-5 tangga sekaligus dibimbangi akan terus tergolek ke bawah yang boleh menyebabkan anda cedera parah, yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh semula....

Jangan dilupakan...setiap keputusan yang akan diambil, dahuluilah dengan meminta petunjuk daripadaNya, dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar perkara. 

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan diiringi dengan rahmatNya dan beroleh kejayaan yang kita impikan.

Friday, September 17, 2010

Peristiwa di Negeri Serambi Mekah...

Pada 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431h, Kelantan mencatat sejarah dengan pengisytiharan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering. 

Alhamdulillah, sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, ada banyak perubahan yang dibawa oleh Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra. Selesai ditabalkan sebagai Sultan, takbir bergema menggantikan slogan 'Daulat Tuanku'... ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! 

Terasa betul rahmatNya apabila dinaungi oleh pemimpin yang meletakkan Islam di tangga yang teratas. Lebih-lebih lagi apabila menatap gambar-gambar di bawah ini. Sangat membuatkan Sis Fiza rasa terharu.

Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...
Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.

Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan..
Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...
Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan...

Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum WBT


Rasanya masih belum terlewat untuk Sis Fiza ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog Sis Fiza. Maaf dipinta andai ada tersilap kata, tersalah bicara yang mengguris hati kalian.

Bersyukurlah kita diberi peluang untuk menikmati kemeriahan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara dalam suasana aman damai. Di luar sana ramai lagi mereka yang tak berpeluang untuk berhari raya bersama keluarga sama ada kerana tuntutan kerja, terjadi kes-kes yang tidak diingini, tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk pulang berhari raya atau 1001 masalah lain lagi.

(Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad, Ahmad Kamil Abd Karim yang mati dibunuh- Semoga ruh kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh- Alfatihah)

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, eloklah kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apabila kita pasakkan dalam diri kita tiada manusia yang sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, InsyaAllah, kita akan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Salam Lebaran...Maaf Zahir & Batin....
Wan Nur Hafizah & Nuzul Ridwan

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pengunjung blog Sis Fiza. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat penuhinya dengan memperbanyakkan ibadah sunat (yang wajib sudah semestinya!).

Pada bulan Ramadhan yang mulia inilah masa yang paling sesuai untuk kita menambahkan amal ibadat dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa kepada kamu sebagaimana diwajibkan kepada kaum-kaum sebelummu, mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah:183)

Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya. Berpuasa dapat memberikan kerehatan kepada tubuh kita setelah hampir setahun ia bekerja tanpa henti. Ibarat laptop, apabila kita menggunakannya selama 24 jam tanpa henti setiap hari, kebarangkalian untuk cepat rosak amat tinggi. Sebab itu kita dinasihatkan supaya 'shut down' sekejap laptop dalam 2-3 jam sekali, untuk memastikan ia tahan lama. Begitu juga tubuh kita, ia perlu direhatkan untuk memastikan ia dapat diguna dengan lebih lama tanpa dihinggapi sebarang penyakit.

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum...

Salam semua, Sis Fiza sekarang sedang belajar untuk menjadi blogger. Blog ini Sis Fiza wujudkan untuk  berkongsi pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah komputer daripada benda paling mudah kepada benda paling payah....ceewah, macam dah jadi pakar plak...

Sis Fiza sebenarnya membantu suami di kedai komputer di Gombak. Suamilah yang banyak mengajar Sis Fiza tentang dunia komputer. Sejak hari pertama membantu suami di kedai komputer, hati Sis Fiza mula rasa seronok dan teruja dengan kerja ini.

Semoga anda sudi menjenguk blog Sis Fiza yang simple ini.