Showing posts with label Virus. Show all posts
Showing posts with label Virus. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Kapasiti hard disk penuh?

Artikel sebelum ini Sis Fiza kongsikan punca hard disk penuh dan cara untuk mengatasinya adalah dengan membuang atau memindahkan fail yang tidak penting ke tempat lain.

Bagaimana pula sekiranya fail sudah dipindahkan atau fail yang disimpan berkapasiti kecil sahaja tetapi saiz hard disk tetap penuh?

Itu tandanya komputer anda diserang virus. Anda perlu scan virus pada setiap 'partition' tersebut. Sekiranya tiada perubahan, komputer anda perlu diformat (re-install Windows).

2 foto di bawah menunjukkan perbandingan antara disk penuh dan yang masih mempunyai ruangan kosong…

Ruangan yang digunakan berwarna biru - hard disk penuh...

Ruangan yang masih kosong berwarna pink

Cara untuk melihat ruangan ini adalah:
Right Click Local Disk tersebut (C/D/E)  – Properties – General

Thursday, October 14, 2010

Antivirus

Salah satu software penting yang perlu ada di komputer sekarang ialah antivirus. Tujuannya untuk mengelakkan komputer kita daripada dijangkiti virus yang pelbagai terutamanya bagi pengguna Operating System (OS) Windows. Kami Alhamdulillah, terselamat kerana menggunakan OS Ubuntu, yang mana virus tidak dapat menyerang OS ini.

Setiap komputer cukup hanya dibekalkan dengan satu jenis Antivirus sahaja, sama ada Kaspersky, Avira, AVG atau sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama). Kami tidak menggalakkan anda menggunakan 2 atau 3 antivirus yang berlainan sekaligus.

Entri kali ini, Sis Fiza ingin berkongsi cara bagaimana untuk menukar menggunakan antivirus A ke antivirus B. Uninstall dulu antivirus A kemudian baru install antivirus B. Maklumat terperinci boleh lihat catatan di bawah ini.

Ni contoh uninstall Antivirus Avira

Langkah 1: 
'Right Click' pada lambang Antivirus asal di icon Taskbar - untick Antivirus Guard enable (abaikan sekiranya tiada)

Langkah 2:
Start - Control Panel - Add or Remove Programs (Windows XP) - highlight antivirus tersebut - remove / uninstall


Ikut arahan yang diberikan sampai habis.

Langkah 3:
Start - Run -  taip 'regedit' - HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFTWARE - klik pada folder antivirus yang digunakan - delete (abaikan step ini sekiranya folder antivirus tersebut tiada)


Langkah 4:
Install Antivirus yang baru mengikut arahan yang diberikan.

Sekian, wassalam.

Sunday, October 10, 2010

Virus Short Cut

Entri kali ini Sis Fiza akan kongsikan cara untuk menangani virus 'short cut' secara satu persatu memandangkan semakin ramai yang terkena virus ini di komputer mereka.

Scan disk yang terkena virus tersebut sama ada C / D / E / pendrive / external hard disk dll (gambar ini menggunakan antivirus Avira)
 Setelah siap scan, buka bahagian yang di 'scan' tadi sama ada melalui 'address bar' sebagaimana gambar ini atau buka melalui 'explorer', atau boleh juga dibuka melalui 'right click' partition tadi  - OPEN. Elakkan buka disk dengan 'double click' disk tersebut.
Ni foto virus 'short cut' yang menyerang laptop pelanggan kami.
Folder yang tertulis 'short cut' ini hendaklah di 'delete' satu persatu. Bagaimana nak mengenal sama ada folder itu adalah virus atau tidak?  Kebiasaannya saiz folder virus adalah sama contohnya berkapasiti 1KB (seperti foto ini), atau 2,3 folder berlainan berkapasiti 100KB/150KB dll. Point di sini, folder itu bukan milik anda tetapi  mempunyai kapasiti yang sama besar.

Setelah folder virus di 'delete', hanya fail ini yang tinggal sedangkan ada lagi fail yang hilang. Cara untuk dapatkan semula fail / folder yang hilang ikuti langkah di bawah ini


-> MY COMPUTER -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP)
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> tick pada ‘Show hidden files and folders’.
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu
      ‘Hide extentions for known file types’ dan 
      ‘Hide protected operating system files’. 
Selepas untick "Hide Protected Operating System Files", akan keluar Warning begini, klik YES


Anda akan dapati folder anda yang hilang tadi muncul semula tetapi warna folder tersebut samar-samar. Anda letakkan 'cursor' pada folder yang diingini, kemudian  'right click' - Properties - General-


Untick ruangan 'Hidden'

Sekiranya ruangan 'Hidden' tidak boleh untick sepertimana gambar ini, ikuti langkah di bawah.

Buka folder tersebut, 'copy' semua file anda, kemudian 'paste'kan ke folder baru. Lakukan begini untuk semua folder yang samar-samar.

Akhir sekali, setelah selesai dapatkan semula file & folder, ikuti langkah seterusnya di sini.