Showing posts with label Operating System. Show all posts
Showing posts with label Operating System. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Tanda-tanda Windows Tak Original (Pirate)

Di sini saya kongsikan foto antara tanda-tanda menggunakan Windows tak original (pirate)




Saturday, January 15, 2011

Beberapa program tidak berfungsi selepas format komputer (siri 2)

Artikel sebelum ini Sis Fiza kongsikan mengapa beberapa program seperti webcam, speaker, bluetooth,  internet, tidak berfungsi selepas format (reinstall Windows). Sebabnya sudah Sis Fiza nyatakan iaitu tidak dimasukkan driver (pemacu) pada komponen komputer.
Entri kali ini Sis Fiza ingin kongsikan pula di manakah kita boleh dapatkan driver ini?
1) Daripada CD driver yang dibekalkan semasa membeli komputer. Pastikan CD driver tersebut sama dengan Windows yang kita gunakan sekarang (Windows XP, Vista atau Windows 7). Bagaimana pula kalau CD tersebut tiada ataupun sudah hilang? Jangan risau, boleh cuba dengan cara di bawah ini.
2) Download perisian daripada website berdasarkan jenama  komputer. Di bawah ini saya letakkan beberapa pautan website yang boleh anda dapatkan driver tersebut.
Foto ini menunjukkan driver bagi semua komponen komputer telah dimasukkan dengan sempurna. Tiada lagi tanda soal yang berwarna kuning.

Friday, January 14, 2011

Beberapa program tidak berfungsi selepas format komputer

Ada pembaca blog tanya Sis Fiza kenapa lepas format komputer ada beberapa program (software) tidak dapat berfungsi contohnya headphone tidak boleh guna, webcam tak menjadi, laptop tidak mengeluarkan bunyi, paparan pada komputer tidak jelas (sharp) dan beberapa perkara lain lagi yang timbul. Beliau mahu Sis Fiza buatkan satu artikel cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

Terima kasih Sis Fiza ucapkan kepada saudari yang membahasakan diri beliau Hafizahnik (eh, macam mana Sis Fizalah..hehe) atas pertanyaan yang cukup bagus ini. Dan maaf dipinta kepada saudari atas kelewatan memasukkan artikel ni.

Sekiranya berlaku perkara yang dinyatakan di atas, itu antara tanda-tanda driver (pemacu) tidak dimasukkan selepas format. Setiap hardware (perkakasan di komputer) memerlukan driver untuk menggerakkannya. Seperti keretalah, kalau tiada pemandu, kereta tidak dapat bergerak hatta kereta mainan sekalipun tetap memerlukan 'remote control' untuk menggerakkannya.

Di mana kita boleh kesan komputer mempunyai driver yang cukup atau tidak? Mudah sahaja. Ikut arahan di bawah:

Bagi pengguna Windows XP:

Right Click My Computer - Properties - Hardware - Device Manager


Bagi pengguna Windows Vista dan Windows 7:

Right Click My Computer - Properties - Device Manager



Tanda soal yang berwarna kuning seperti dalam foto ini menunjukkan driver komputer bagi sesetengah hardware tiada. Inilah punca beberapa program tidak dapat berfungsi sepertimana biasa selepas format komputer.


Bagaimana caranya untuk memasukkan driver tersebut? Nantikan artikel Sis Fiza yang seterunya.

Thursday, September 30, 2010

Hard Disk Error

Pernah mengalami situasi ini tak?

Apabila anda memasuki OS sama ada Windows XP, Vista atau 7, keluar amaran ini ‘hard disk error’. Situasi ini berlaku disebabkan 2 keadaan sama ada:

1 – Windows anda sudah korup. Masalah ini dapat diselesaikan dengan Install semula Windows tersebut secara keseluruhan. Kalau boleh format partition yang diletakkan OS itu.

2 – Bad Boot Sector. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melakukan ‘Error Checking Utility’. Ikuti langkah berikut: Klik START -> MY COMPUTER -> Pilih mana-mana partition hard disk yang anda ingin diperiksa dan klik kanan -> PROPERTIES -> TOOLS -> CHECK NOW -> Pilih ‘Scan for and attemp recovery and bad sectors -> START.

Dua cara diatas telah membantu kami untuk kembalikan komputer pelanggan kepada tahap yang sepatutnya.

Bagaimana untuk mengenal Windows Original?

Perhatikan gambar di bawah ini...

Pelekat Windows Vista (sekadar 1 contoh)
Pelekat Windows XP dan Windows 7 lebih kurang gambar ini juga
Pelekat yang TENGAH SAHAJA perlu difokuskan!

Product key yang biasanya ditampal di belakang laptop / PC

Dua gambar pelekat (sticker) di atas adalah tanda sama ada komputer kita guna Windows original atau tidak. Sekiranya tiada pelekat ini, kemungkinan besar komputer anda tidak menggunakan Windows Original. 

Kelebihan menggunakan Windows original ini kita boleh update Windows tanpa sebarang masalah. Tetapi sekiranya komputer tidak menggunakan Windows original dan anda tetap juga update Windows, kesannya Windows anda tidak dapat berfungsi seperti biasa, beberapa program akan disekat contohnya tidak dapat melayari internet, tidak dapat membuka pendrive (di komputer lain pendrive boleh buka pula) dan sebagainya.

Wednesday, September 29, 2010

Sistem Komputer

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca blog Sis Fiza semua? Sedang buat apa sekarang? Eh, sedang baca blog Sis Fiza la kan? (apa la Sis Fiza ni...hehe)

Kalau anda berkelapangan sekarang, Sis Fiza nak minta pembaca buat sesuatu boleh? Jangan risau, senang je kerja ni. Sis Fiza nak pembaca semua open My Computer. (klik Start - My Computer)

Kemudian klik local disk C. (Ops! jangan terus double click C tu. Buka melalui address bar atau right click C - open, atau buka melalui explorer

Dah buka ke? Ok, kalau dah, cuba perhatikan local disk C tu, selain folder biasa (ATI, Documents and Settings, Program Files & Windows), ada folder/file yang warna samar-samar tak (seperti gambar di bawah)?

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Sekiranya ada, anda perlu tahu bahawa folder / file yang sama-samar itu bukanlah virus, tetapi sistem komputer anda. Jadi anda tidak perlu delete file dan folder tersebut.

Sebagai langkah selamat, Sis Fiza cadangkan anda sembunyikan file dan folder tersebut. 

Apa? Sembunyikan? Sembunyi kat dalam CD ke / pendrive ke atau macam mana Sis Fiza?

Ok, cara nak menyembunyikannya Sis Fiza ada terangkan di bawah ini. Ikut step di bawah ini ye.

*Abaikan tulisan ini kalau di local disk anda tiada folder / file yang samar-samar.

Klik:
Tools - Folder Optios - View (pengguna Windows XP)
Organize - Folder and Search Options - View (pengguna Windows Vista & Windows 7)

Di bahagian Hidden Files & Folders, tick di 3 tempat:-
 - Do not show hidden files  and folders 
 - Hide extentions for known file types
 - Hide protected operating system files

Folder Options (klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas)

Selepas tekan OK, anda akan dapati paparan Local Disk C anda seperti gambar di bawah, tiada lagi file dan folder yang samar-samar tadi.

Selepas sembunyikan file & folder yang samar-samar tadi

Pembaca semua tahu tak kenapa Sis Fiza tulis entri ini? 

Begini, minggu ini sahaja Sis Fiza terima 2 laptop yang mempunyai masalah tidak dapat masuk Windows walaupun melalui Safe Mode. Selepas on laptop, ada keluar tulisan 'System missing....' di skrin laptop. Perkara ini tiba-tiba terjadi sedangkan semasa 'shut down' sebelum ini laptop tiada sebarang masalah. 

Sis Fiza bertanya mereka, sebelum 'shut down' ada tak mereka buka local disk C dan delete file / folder yang samar-samar? (Mereka terdiam sejenak mengimbau kembali apa yang berlaku) Mereka mengiyakan pertanyaan Sis Fiza. Jadi inilah puncanya. Laptop tidak boleh masuk Windows sebab ada sistem yang dibuang, kesannya laptop tak dapat berfungsi seperti biasa. Solutionnya, kena install Windows semula.

Selain pelanggan yang mengalami situasi begini, apa yang penting nak diberitahu di sini ialah perkara sebegini pernah terjadi kepada Sis Fiza sendiri..hehe.. Yelah...Sis Fiza tak suka lihat file & folder yang 'bersepah' tu sebab ingatkan virus / file yang tak berguna. Jadi untuk 'membersihkan' local disk C tu Sis Fiza delete semuanya. Sekaaallllli..komputer langsung tak hidup lepas itu...hihi (akibat suka memandai-mandai... tetapi Sis Fiza tak menyesal sebab boleh kongsikan pengalaman ini dengan pembaca semua.. =D )

Sis Fiza dulu hanya tahu menaip je, cara-cara penggunaan komputer tak tahu langsung. Sekarang selepas membantu suami di kedai komputer ini, baru Sis Fiza tahu sedikit demi sedikit mengenai cara menggunakan komputer dengan lebih selamat. Sis Fiza suka berkongsi dengan pembaca apa yang berlaku supaya pembaca dapat elakkan daripada mengalami situasi ini juga.

Ok, semoga pembaca dapat ambil 'pengajaran' daripada entri Sis Fiza kali ini. Wassalam.





Thursday, August 19, 2010

Ubuntu

Pernah dengar mengenai Ubuntu tak? (baca U {you} buntu)

Ubuntu ialah sebuah sistem operasi sama seperti Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Akan tetapi sistem operasi Ubuntu berasaskan Linux.

Kami mula menggunakan Ubuntu sejak keluaran Ubuntu 9.10. Apa yang menarik Ubuntu 10.04 yang dikeluarkan pada awal bulan Mei baru-baru ini adalah setanding Windows 7 mengikut beberapa orang pengguna.

Antara kelebihan Ubuntu, OS diberikan secara percuma, cuma download dan install sahaja di komputer kita. Selain itu, komputer kita terselamat daripada diserang virus, dan amat sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan pada komputer mereka. Kita diberi peluang untuk 'mengkreatifkan' diri merekaletak dan mempelbagaikan tema di paparan komputer kita.

Kalau anda nak cuba guna Ubuntu, boleh layari website ini http://www.ubuntu.com/