Wednesday, September 29, 2010

Sistem Komputer

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca blog Sis Fiza semua? Sedang buat apa sekarang? Eh, sedang baca blog Sis Fiza la kan? (apa la Sis Fiza ni...hehe)

Kalau anda berkelapangan sekarang, Sis Fiza nak minta pembaca buat sesuatu boleh? Jangan risau, senang je kerja ni. Sis Fiza nak pembaca semua open My Computer. (klik Start - My Computer)

Kemudian klik local disk C. (Ops! jangan terus double click C tu. Buka melalui address bar atau right click C - open, atau buka melalui explorer

Dah buka ke? Ok, kalau dah, cuba perhatikan local disk C tu, selain folder biasa (ATI, Documents and Settings, Program Files & Windows), ada folder/file yang warna samar-samar tak (seperti gambar di bawah)?

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Sekiranya ada, anda perlu tahu bahawa folder / file yang sama-samar itu bukanlah virus, tetapi sistem komputer anda. Jadi anda tidak perlu delete file dan folder tersebut.

Sebagai langkah selamat, Sis Fiza cadangkan anda sembunyikan file dan folder tersebut. 

Apa? Sembunyikan? Sembunyi kat dalam CD ke / pendrive ke atau macam mana Sis Fiza?

Ok, cara nak menyembunyikannya Sis Fiza ada terangkan di bawah ini. Ikut step di bawah ini ye.

*Abaikan tulisan ini kalau di local disk anda tiada folder / file yang samar-samar.

Klik:
Tools - Folder Optios - View (pengguna Windows XP)
Organize - Folder and Search Options - View (pengguna Windows Vista & Windows 7)

Di bahagian Hidden Files & Folders, tick di 3 tempat:-
 - Do not show hidden files  and folders 
 - Hide extentions for known file types
 - Hide protected operating system files

Folder Options (klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas)

Selepas tekan OK, anda akan dapati paparan Local Disk C anda seperti gambar di bawah, tiada lagi file dan folder yang samar-samar tadi.

Selepas sembunyikan file & folder yang samar-samar tadi

Pembaca semua tahu tak kenapa Sis Fiza tulis entri ini? 

Begini, minggu ini sahaja Sis Fiza terima 2 laptop yang mempunyai masalah tidak dapat masuk Windows walaupun melalui Safe Mode. Selepas on laptop, ada keluar tulisan 'System missing....' di skrin laptop. Perkara ini tiba-tiba terjadi sedangkan semasa 'shut down' sebelum ini laptop tiada sebarang masalah. 

Sis Fiza bertanya mereka, sebelum 'shut down' ada tak mereka buka local disk C dan delete file / folder yang samar-samar? (Mereka terdiam sejenak mengimbau kembali apa yang berlaku) Mereka mengiyakan pertanyaan Sis Fiza. Jadi inilah puncanya. Laptop tidak boleh masuk Windows sebab ada sistem yang dibuang, kesannya laptop tak dapat berfungsi seperti biasa. Solutionnya, kena install Windows semula.

Selain pelanggan yang mengalami situasi begini, apa yang penting nak diberitahu di sini ialah perkara sebegini pernah terjadi kepada Sis Fiza sendiri..hehe.. Yelah...Sis Fiza tak suka lihat file & folder yang 'bersepah' tu sebab ingatkan virus / file yang tak berguna. Jadi untuk 'membersihkan' local disk C tu Sis Fiza delete semuanya. Sekaaallllli..komputer langsung tak hidup lepas itu...hihi (akibat suka memandai-mandai... tetapi Sis Fiza tak menyesal sebab boleh kongsikan pengalaman ini dengan pembaca semua.. =D )

Sis Fiza dulu hanya tahu menaip je, cara-cara penggunaan komputer tak tahu langsung. Sekarang selepas membantu suami di kedai komputer ini, baru Sis Fiza tahu sedikit demi sedikit mengenai cara menggunakan komputer dengan lebih selamat. Sis Fiza suka berkongsi dengan pembaca apa yang berlaku supaya pembaca dapat elakkan daripada mengalami situasi ini juga.

Ok, semoga pembaca dapat ambil 'pengajaran' daripada entri Sis Fiza kali ini. Wassalam.





No comments:

Post a Comment