InsyaAllah posting kali ini Sis Fiza ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai cara penggunaan bateri laptop agar tahan lebih lama.
Bateri Laptop |
Bagi mereka yang baru membeli laptop / bateri baru, Sis Fiza nasihatkan caj dulu bateri selama 8 jam untuk permulaan. Tetapi kalau ada kerja penting yang perlu diselesaikan, gunalah laptop itu dengan menggunakan AC power tanpa menggunakan bateri (buang bateri dari tempatnya terlebih dahulu). Selepas selesai menggunakan laptop, barulah caj bateri sahaja selama 8 jam. (Sis Fiza cadangkan caj masa nak tidur sebab kekadang tangan terasa gatal nak mengoteh* laptop baru..hehe) *mengoteh = explore
Bagi mereka yang dah ada laptop, cara terbaik untuk menjaga bateri supaya tahan lama ialah dengan tidak menggunakan AC power dan bateri sekaligus. Caj hanya apabila bateri hampir kehabisan.
AC power |
Bateri baru biasanya tahan selama lebih kurang 5-6 jam (mungkin juga lebih). Walaubagaimanapun ada juga kes di mana bateri hanya mampu bertahan lebih kurang setengah jam sahaja walaupun masih baru. Jika ini terjadi, anda dinasihatkan untuk menghantar semula bateri ke kedai anda beli laptop itu atau ke pusat servis untuk ditukar bateri baru (percuma sebab masih dalam warranty).
No comments:
Post a Comment