Rasanya masih belum terlewat untuk Sis Fiza ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog Sis Fiza. Maaf dipinta andai ada tersilap kata, tersalah bicara yang mengguris hati kalian.
Bersyukurlah kita diberi peluang untuk menikmati kemeriahan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara dalam suasana aman damai. Di luar sana ramai lagi mereka yang tak berpeluang untuk berhari raya bersama keluarga sama ada kerana tuntutan kerja, terjadi kes-kes yang tidak diingini, tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk pulang berhari raya atau 1001 masalah lain lagi.
(Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad, Ahmad Kamil Abd Karim yang mati dibunuh- Semoga ruh kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh- Alfatihah)
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, eloklah kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apabila kita pasakkan dalam diri kita tiada manusia yang sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, InsyaAllah, kita akan mudah memaafkan kesalahan orang lain.
Wan Nur Hafizah & Nuzul Ridwan
No comments:
Post a Comment