Selamat kembali ke kampus terutama warga UIA. Macam mana beraya? Mesti seronok sakan..betul tak? (=
Pengalaman Sis Fiza sewaktu berada di alam kampus dulu, antara perkara yang paling berat hati nak buat ialah masa nak melangkah kembali ke kampus. Tak puas rasanya berada di kampung. Tapi... perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan sebagai penyuluh hidup dalam kita mencari RedhaNya.
Oklah... lepas baca blog Sis Fiza ni, apa kata adik-adik yang baru sampai ke Mahallah / kolej ni keluarkan printer yang tersimpan dalam kotak tu dulu atau kalau printer dah ada kat tepi tu, 'on' kan.
Kenapa pula tiba-tiba suruh dikeluarkan printer ni?
Ha..kalau pembaca nak tahu, antara punca printer mudah rosak ialah kerana jarang menggunakannya. Perasan tak lepas je bercuti panjang (terutama cuti Sem 3), printer buat hal? Jadi, untuk atasi masalah ini, kenalah print sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ibarat motor atau keretalah, kalau lebih seminggu tak guna, dia akan 'jem'. Susah nak start. (pengalaman bermotosikal selama 6 tahun berada di bumi UIA) (=
Apabila printer rosak, jarang ada technician yang sanggup membaikinya sebab kos baiki menyamai kos beli printer baru. Jadi sebelum terjadi apa-apa kat printer anda, apa kata jangan tangguh-tangguh lagi, terus on dan print lah apa-apa saja walaupun hanya separuh kertas A4.
thankss 4 da info yea sis
ReplyDelete