Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Lahir Abah...


Selamat Meraikan Hari Lahir Ayahanda, Hj Wan Aziz bin Hj Wan Mahmood, buat bondaku Hjh Wan Norhayati, kekandaku along, Nurul Rahman beserta anakanda Hana Nadira, adinda2ku Hilmi Aziz Nabila Aziz Izza Aziz Azie Aziz Ilyani Yan, juga tidak lupa adindaku yang berada di Tanjung Malim Nik Aziz & suamiku yang tercinta Nuzul Ridwan.. Sama2 kita doakan agar umi dan abah tercinta sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan usia & sentiasa dilimpahi rahmatNya Yang Esa.

Umi, abah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan ayahanda & bonda seperti kalian, yang sentiasa menitikberatkan didikan agama dalam diri anak-anak.

Umi.. Walaupun sibuk melayan kerenah anak-anak, tetap akan berusaha menunaikan solat di awal waktu. Kalian tidak banyak bercakap mengenai agama, tapi kalian mendirikan agama dalam diri kalian terus, yang perlu dijadikan ikutan buat kami anak-anakmu.. Allahu Akbar! Nikmat terasa dalam diri ini.

Abah..Walaupun ketika sibuk menguruskan perniagaan, abah tetap mencari masjid setiap kali masuk waktu solat.. Hatta ketika bermusafir sekalipun.. Dan paling diingati sebaik sahaja sedar setelah selesai menjalani pembedahan kepala kali pertama dulu, perkara utama yang abah lakukan adalah solat dan bersedekah walaupun ingatan abah terganggu ketika itu. Masih segar di ingatan Angah Bah..

Umi..abah..
Di sepertiga malam kalian tidak sah kalau tidak disertai dengan Qiamullail. Hari mu dimulai dengan Zikrullah, tatkala anak-anak masih lagi diulik mimpi. Terasa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan Umi dan Abah.. Allahu Akbar!

Teringat 1 hadis yang anakanda ingat sehingga kini..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "7 golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka ialah:
- pemerintah yang adil,
- pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
- orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
- dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah keranaNya,
- orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk melakukan maksiat dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah!",
- orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
- dan orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya.
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Anakanda melihat ada ciri-ciri yang disebutkan di atas terdapat pada diri kalian umi dan abahku... Anakanda doakan umi dan abah tergolong dalam 7 golongan ini. Amin...

Umi..abah..
Anakanda tidak mampu untuk menyenaraikan pengorbanan kalian kepada kami semua..terlampau banyak... cuma sekadar menukilkan perkara yang begitu menyentuh hati kami anak-anakmu..

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada umi dan abah kerana pertama kali kami dibawa menaiki kapal terbang adalah ketika kalian membawa kami, anak-anak seramai 8 orang untuk mengerjakan umrah tahun 2006 yang lalu. Nikmat yang tidak terhingga dapat menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga tersayang. Allahu Akbar!

Semua pengorbanan umi dan abah ini tidak mampu kami balas. Hanya Allah lah yang mampu membalasnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa umi & abah kami, dan peliharalah Umi dan abah kami sebagaimana mereka pelihara kami sedari kami kecil lagi... Amin..

Umi..abah..kalianlah idola kami..anak-anak dan cucunda kalian...

Wan Mohd Hafizul Rahman + Wan Noorul Huda = Wan Norhana Nadira
Wan Nur Hafizah + Mohd Nuzul Ridwan = ???
Wan Mohd Hilmi
Wan Nur Hanani
Wan Nurnabila Husna
Wan Nurizzati
Wan Nur Hazirah
Wan Nur Ilyani

11/11/2010


No comments:

Post a Comment