Jom ikuti perbualan antara Sis Fiza dan pelanggan pada suatu ketika...
Pelanggan: Saya nak tanya pasal laptop..tak boleh buka...
Sis Fiza: Ok, butang power menyala ke tak?
Pelanggan: Laptop tak boleh start langsung. Bila tekan butang start tu, takde respon langsung.
Sis Fiza: Laptop Compaq ye? Guna processor AMD ke? Laptop cepat panas tak sebelum jadi macam ni?
Pelanggan: Ye, Compaq dan AMD. A'aa..cepat sangat panas. Sedih betul lah sebab semua dokumen penting ada dalam tu.
Sis Fiza: Jangan risau, insyaAllah, laptop masih boleh diselamatkan. Berdasarkan pengalaman kami, apa yang terjadi ni adalah tanda-tanda motherboard bermasalah. InsyaAllah, fail dalam laptop tu masih selamat kerana kerosakan motherbord tidak akan menghilangkan fail. Semua dokumen kita tersimpan di hard disk. Andainya hard disk yang rosak barulah dokumen tak dapat diselamatkan. Dan kalau laptop rosak sekalipun, hard disk boleh dikeluarkan & jadikan external hard disk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Laptop anda pernah jadi macam ni juga tak?
Tanda-tanda yang Sis Fiza nyatakan di atas adalah berdasarkan pengalaman kami. Boleh dikatakan 9/10 laptop yang dihantar kepada kami yang mengalami kerosakan motherboard ialah yang menggunakan processor AMD, hanya 1/10 sahaja yang menggunakan processor Intel. Bahkan kebanyakannya adalah laptop yang berjenama Compaq. (Acer pun ada juga).
Ingin Sis Fiza tegaskan di sini, tulisan ini bukanlah berniat untuk menjatuhkan syarikat yang mengeluarkan laptop Compaq dan Processor AMD. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman kami mengendalikan servis membaiki laptop, dan juga hasil pemerhatian Sis Fiza dalam mengikuti forum online mengenai masalah ini. Paling mengejutkan kami apabila menerima laptop Compaq CQ40 yang mengalami kerosakan motherboard. (Nasib baik masih dalam warranty)
Di sini, sukalah Sis Fiza kongsikan sedikit maklumat mengenai processor.
Terdapat 2 jenis processor iaitu AMD dan Intel, dan kedua-duanya adalah keluaran US.
AMD lebih pentingkan kelajuan processor. Dengan kata lain jika anda mendapatkan 2 jenis processor AMD dan Intel yang hampir sama harga, maka sudah tentu AMD lagi laju.
Disebabkan AMD pentingkan kelajuan maka processor tersebut menghasilkan lebih banyak haba berbanding Intel. Itulah yang menyebabkan AMD sering berlaku 'overheating' pada laptop.
Intel pula mementingkan ketahanan. Dengan kata lain kelajuan yang sama padan dengan ketahanan. Kalau Intel keluarkan Processor baru yang laju, maknanya produk tersebut sudah melepasi piawaian kualiti ketahanan yang mereka gariskan.
AMD lebih pentingkan kelajuan processor. Dengan kata lain jika anda mendapatkan 2 jenis processor AMD dan Intel yang hampir sama harga, maka sudah tentu AMD lagi laju.
Disebabkan AMD pentingkan kelajuan maka processor tersebut menghasilkan lebih banyak haba berbanding Intel. Itulah yang menyebabkan AMD sering berlaku 'overheating' pada laptop.
Intel pula mementingkan ketahanan. Dengan kata lain kelajuan yang sama padan dengan ketahanan. Kalau Intel keluarkan Processor baru yang laju, maknanya produk tersebut sudah melepasi piawaian kualiti ketahanan yang mereka gariskan.
Jadi, bolehkah kalau kita nak tukar processor daripada AMD ke Intel? Jawapannya tidak boleh. Sebabnya motherboard itu direka khas untuk AMD. Kalau nak tukar kena tukar sekali dengan motherboard. Itupun kena pastikan motherboard itu padan dengan casing laptop. Dengan kata lain lebih baik beli yang baru.
Ringkasannya:
Tanda-tanda berlakunya kerosakan motherboard adalah seperti berikut: (berdasarkan pengalaman kami)
1) Laptop tidak memberikan sebarang tindakbalas walaupun sudah menekan butang power.
Ada kemungkinan juga laptop mengalami masalah: 1)charger, 2)skrin. Cara mengesan mana satu yang bermasalah: 1) cuba guna charger lain (pastikan voltan output sama dengan yang asal), 2) sambungkan laptop ke monitor PC, kalau tiada sebarang paparan juga kemungkinan besar motherboard yang bermasalah.
2) Menggunakan processor AMD.
2) Menggunakan processor AMD.
Contoh pelekat Processor AMD dan Intel |
3) Berlakunya overheating (kepanasan yang melampau) pada laptop.
Sekiranya laptop anda ada tanda-tanda no 2 dan 3 seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepat gunakan cooler untuk menyejukkan sedikit suhu pada laptop. Elakkan menggunakan laptop di atas permukaan yang berkain kerana ia boleh mengganggu pengaliran haba pada laptop. Sebaliknya boleh guna diatas permukaan yang bersimen.
Adakah kerosakan ini boleh dibaiki?
InsyaAllah, boleh sekiranya tidak melibatkan kerosakan cip utama di motherboard. Terlebih dahulu kami akan minta persetujuan daripada pelanggan sebelum membaiki motherboard ni kerana kos baiki agak tinggi, paling kurang kosnya RM180, waranty 10 hari. Tetapi risiko untuk berlaku lagi kerosakan ini agak tinggi, dan tidak boleh dijangka hayatnya sampai bila. Ada yang kami baiki masih mampu bertahan sehingga setahun lebih, ada juga yang hanya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja.
Andainya sanggup tanggung risiko ini, barulah kami akan baiki kerosakan motherboard ini. Pernah seorang pelanggan menceritakan kepada kami yang beliau sudah baiki motherbaord laptop sebanyak 4 kali. Akhirnya, beliau beli baru. Nasihat kami kepada pelanggan yang menggunakan laptop processor AMD, jika ada duit lebih baik beli laptop baru yang menggunakan processor Intel. kalau hendak baiki pun cukuplah sekali sahaja. Jika berulang kerosakan simpan duit untuk beli yang baru. itu lebih baik.
Processor |
salam..nk tnye..jd,processor AMD xbrape ok la?n cepat rosak kte onye laptop?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya juga ada pengalaman spt di atas dan memang ape yang sis fiza ckp tu betul lappy cepat panas...my lappy compaq v3000 wif AMD processor masalah dia bila on lampu semua menyala and ade bunyi beep 4x but screen blank (hitam) mase tu end of 2009(br 1 thn 5bln pakai) dah penah anta ke HP katenye m/board rosak..kena tukar m/board melayang rm1000..:(
..skrg the problem come again..kali ni...mula2 lappy ni susah nk on...kena try 4@5 kali..tp smlm n hari ni da langsung xboleh on...huhuhu..
kedai sis fiza kat mane ye..
p/s: kedai sis fiza kat mane ye..
-roslaily-
Roslaily: Kami beroperasi di
ReplyDeleteKedai Komputer IA Tech
Depan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.
p/s: bermula tahun ini kami tidak lagi membaiki kerosakan motherboard memandangkan risiko untuk rosak semula teramat tinggi.
:'(...laptop sy pn terjadi cm perkara diatas..supply msk tp x leh nk on...sis fiza adakah disbbkn m/b?..2 mggu lepas ada tetibe laptop berbunyi 'beeb' dgn kuat...masa tu sy tertido slps wat assgnmt...sy try off tp x leh...sy cabut power cable...bila sy on blek x leh..pas2 sy biarkan lam 1 hari then on blek ok plak...syukur...tp perkara ni terjd blek..x leh on jgk...sy nk g antar kedai tp kos agak tggi..org kdi 2 kata kemungkinan masalah m/b...sy pn bw blek laptop ni dan try godek2..sy buka ram..hdd...ketuk2 sket..then alhamdulillah ok lak...syukur...tp ape yg dikuatiri perkara x leh on ni terjd blek...risau lak..byk keje x siap lg..sis fiza leh bg pndapat x?
ReplyDeletefrom tqah (ika_una@hotmail.com)
Assalamualaikum...
ReplyDeletehmm...sye ugt nak beli lappy baru..
mak mintak cadangan lah...
lappy mne yg elok...
ciri2 lappy..
-xcepat hang..
-bole main game..
-bole wat keje(cth:autocad,coding,edit gambr gne adobe photo)..
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteRanking laptop mengikut pengalaman kami boleh lihat di sini http://www.sisfiza.com/ (atas sebelah kanan)
Untuk senarai harga pula, boleh klik di sini http://www.nuzulquran.com/bm/senaraiharga/
huhuhu..sy bru nk bli lappy..trjumpe lappy asus yg gne AMD..bru nk bli hujung minggu ni..nasib bek terbace entry ni...selamat...
ReplyDeleteAhaha,sejak bile ar amd jadi keluaran us,hikhik
ReplyDeletehaha ya kte sptt nye amik tau dlu kdaan d shu di tmpt yg kte nk gne kan lptp trsbut.klu kte brkrje dlm blik yg sjuk shu dlam 42drjh clcius mke tkpe kte gne kan lptop yg pki prsser amd.tpi klu dh kte bkrje hrp kn kpas angn je yg bge sjuk mke intel la yg hrus kte gne.jdi itu smue trplng pd kte sbgi pnggne.gne lptp pun ade gk had nye.klu lptop dh overheadting sllu,lptop jns mhal pun akan ade mslah..
ReplyDeletesblum nk bli lptop,mke kte hrs amik tau tip2s cre pmakaian lptop dngn slmt.
ReplyDeleteklu kje dsign mke amd yg trbaik.klu kje wt bnyk dcment,atau heavy trnfer fle mke intel
ReplyDeleteSuhu processor yang normal sewaktu computer idle dalam lingkungan 60'C ke bawah.Cm laptop bila idle dalam lingkungan 48'C hingga 55'C.Kalo men games suhu processor laptop maximum pun cecah 65'C sbb x guna laptop fan ke ape.pastila kalo guna laptop fan ade effect stkat mnymbur hbe pnas.kalo dh cecah 75'C tu pasti ada something wrong.kalo graphic card maximum suhu dia lebih tggi berbanding mobo ngn processor.contoh kalo men game mungkin kdg cecah 75'C.Untuk graphic card kalo nk safety bawah 85'C. risiko suhu yang akan buat processor dan mobo terbakar mungkin 90'C ke atas.cm graphic card lak 100'C ke atas.
ReplyDeleteSalah satu cara untuk mengetahui bahwa komputer atau laptop kita tidak sehat adalah dengan melihat suhu Processor ( CPU ), kalau tidak normal berarti tidak sehat. Jika dibiarkan terus berkerja dengan kondisi suhu di atas normal bisa merusak processor. Adapun cara untuk melihat suhu sebuah processor bisa melalui BIOS dan Menggunakan Software Monitoring Suhu Hardware Komputer
ReplyDeleteSebenernya yang diperhatikan tidak hanya suhu processor saja tapi juga suhu komponen yang lainnya, seperti VGA, Harddisk, Chipset Mainboard
ReplyDeleteCPU Critical Temperature
ReplyDeleteAMD Athlon Series
AMD Athlon (socket) up to 1Ghz 90°C
AMD Athlon (slot) all speeds 70°C
AMD Athlon Thunderbird 1.1Ghz+ 95°C
AMD Athlon MP 1.33Ghz+ 95°C
AMD Athlon XP 1.33Ghz+ 90°C
AMD Athlon XP T-Bred upto 2100+ 90°C
AMD Athlon XP T-Bred over 2100+
85°C
AMD Athlon XP Barton 85°C
AMD Athlon 64 70°C
AMD Athlon 64 (Socket 939, 1.4 volts) 65°C
AMD Athlon 64 FX (sledgehammer) 70°C
AMD Athlon FX (San Diego + Toledo + Windsor)
63°C
AMD Athlon X2 (Manchester + Toledo)
65°C
AMD Athlon X2 (Windsor) 70°C-72°C (1.35v – 1.25v)
AMD Athlon X2 (Brisbane) 78°C (1.25v)
AMD Phenom
AMD Phenom 70°C
AMD Phenom X3 70°C
AMD Phenom X4 (9100, 9750, 9850) 61°C
AMD Phenom X4 (9550, 9650) 70°C
AMD Sempron
AMD Sempron (T-bred/Barton core) 90°C
AMD Sempron (Paris core) 70°C
AMD Sempron (Manila) 69°C/78°C
Model dependant
AMD Mobile Sempron 95°C
Intel Pentium D
Pentium D (Smithfield 805, 820) 63°C
Pentium D (Smithfield 830, 840) 69.8°C
Pentium D (Presler 915, 920, 930, 945, 960) 63.4°C
Pentium D (Presler 940, 950) 68.6°C
Intel Celeron Series
Celeron D (Prescott) 67°C
Celeron D (Cedar Mill) 69.2°C
Mobile Celeron 100°C
Intel Core 2 Duo
Intel core 2 Duo (Conroe E4300, E4400, E6300, E6400) 61.4°C
Intel Core 2 Duo (Conroe E4500, E4600, E4700) 73.3°C
Intel Core 2 Duo (Conroe E6320, E6420, E6540, E6550, E6600,
E6700, E6750, E6850) 60.1°C
Intel Core 2 Duo (Wolfdale) 72.4°C
Mobile Core 2 Duo 100°C
Intel Core 2 Extreme
Intel Core 2 Extreme (Conroe) 60.4°C
Intel Core 2 Extreme (Kentsfield Q6700) 71°C
Intel Core 2 Extreme (Kentsfield Q6600) 62.2°C
Intel Core 2 Extreme (Kentsfield QX6700, QX6850) 64.5°C
Intel Core 2 Extreme (Kentsfield QX6800) 54.8°C
Intel Core 2 Extreme (Yorkfiled Q9300, Q9450, Q9550) 71.4°C
Intel Core 2 Extreme (Yorkfield QX9650) 64.5°C
Intel Core 2 Extreme (Yorkfield QX9770) 55.5°C
Intel Core 2 Extreme (Hypertown QX9775) 63°C
Intel Itanium 2
Intel Itanium 2 below 1Ghz 66°C
Intel Itanium 2 1Ghz – 1.6Ghz 83°C
hrap brmanfaat...shardock36@yahoo.com
ReplyDeletesalam,nak tnya prblem ckit...
ReplyDeleteada laptop aspire 4810t nie...
bila tekan btton on dia jadi klip2 je,
lepas tu kipas prcsor tu on hidup,tpi x ada feedback dri laptop la...adakah ia msalah mtherboard?dah test cucuk ke LCD lain...tpi x ada feedback gak
salam.. nak tanya.. saya guna laptop Compaq CQ42 & processor intel pentium.. boleh ke saya tukar processor saya kepada processor yang lagi ok..
ReplyDeleteAssalam mualaikum... sy berminat utk komen artikel Sis Fiza, cuma pendapat saya, tidak sesuai tajuk " perbezaan processor AMD dan Intel"..sepatutnya, "Masalah Laptop Compaq CQ40 dan V3000".
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Sis Fiza dan semua pembaca, ingin saya perbetulkan tanggapan anda terhadap CPU AMD. Sebenarnya, Compaq CQ40 dan V3000 memang ade masalah dengan graphic chip..sama la dgn HP dv2000/dv6000/dv9000..bukan punca AMD CPU ye..Graphic Chip seperti ATI dan nVidia ni diparteri terus ke motherboard, berbanding CPU yang boleh di tanggalkan dan yang pasti ianya berkongsi kipas dengan CPU AMD atau Intel ni..Sebab itulah, apabila Chip grafik ni rosak akibat panas, diistiharkan motherboard rosak..ia berkait dgn pengujian keserasian chip nvidia / ATi dgn cpu AMD pd model V dan CQ series pd ketika itu..kemudian, Compaq mengeluarkan pula "F" series, spt F500, F700 dan sebagainya yg menggunakan CPU Intel dan AMD yg dipakejkan dgn graphic chip ATI sbg pengganti V3000 dan CQ40 series, namun tiada masalah seteruk 'V' series dan 'CQ' series! Lagi satu... ketika model ni keluar, AMD menggunakan model Turion dan Turion X2 yg tidak lagi dikeluarkan pd hari ini dan digantikan dgn AMD Geode LX, Brazos dan Sabine sbg CPU ULV (ultra low voltage) khas utk laptop.
Jika nak dikatakan AMD tidak bagus, kenapa laptop NEC, Twinhead, Acer, Dell, Fujitsu, ASUS dan lain2 brand yg dikeluarkan pada tahun yg sama dgn CQ40 tiada masalah sepertinya ( nisbah 1 rosak dlm 10 laptop )? Ia bkn isu processor mana bagus, tapi teknologi penghasilan produk pd ketika itu.
Pd ketika model Compaq CQ dan V siries tu keluar, AMD baru sahaja bergabung dgn syarikat chip grafik ATI yg dikenali sbg AMD Vision..
Hingga kini, pesaing2nya masih 'cemburu' dgn teknologi AMD yg lebih kehadapan berbanding pesaing2nya yg lain.
sy harap, komen sy ni dpt memperbetulkan kekeliruan Sis Fiza dan anda semua terhadap perbezaan AMD dan Intel...
As'salam sis fiza.. ada laptop ni pakcik saya bagi.. saya x tau laptop tu nmpk lama sikit.. x salah Compaq presario v2000.. windows xp.. katanye da rosak.. tp saya cuba bawa kedai.. teknisyen kata laptop ok lg tp yg rosak tu adapter (rupe2nye).. die da tunjuk depan mata dgn pasang adapter tu dan bole on.. okla, saya belila adapter baru tu.. tp bila buka kat rumah x bole pun? saya bawa balik kat kedai tu.. tp bila dia buka terus bole buka! eh? bila bawa balik, x bole jugak? bila saya cuba kat ofis pun, x bole jugak! saya rasa pakcik saya ada tukar voltage masa dia kat australia.. so macamana sis? macamana nk selesai masalah laptop ni? help me!
ReplyDeletetqqqq
ReplyDelete