Berita terkini: Kerajaan menarik balik peruntukan pembinaan Menara Merdeka 100 tingkat yang menelan belanja RM 5 billion. Wang tersebut disalurkan kepada industri pendidikan negara dengan menghapuskan pinjaman PTPTN. Kerajaan berpendapat pembinaan menara tersebut tidak menguntungkan rakyat bahkan tindakan sebegini membantu para siswazah daripada bebanan hutang PTPTN yang begitu menghantui mereka setelah tamat pengajian. Inilah pasca negara berkebajikan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah imaginasi Sis Fiza. Minta maaf ye.. (=
Menara Warisan 100 tingkat - RM 5 billion Apakah manfaat yang kita (rakyat biasa) dapat daripada pembinaan menara ini? |
Sis Fiza amat berbesar hati andainya ada pemimpin (terutamanya di Kementerian Pengajian Tinggi - yang tentunya lebih memahami para mahasiswa/siswazah) yang berjuang mahu membela para siswazah ini. Cukuplah berjuang supaya PTPTN digantikan dengan biasiswa. Ramai mahasiswa akan terbela, tidak lagi dibebani hutang sesudah tamat pengajian. Apabila membuat pinjaman PTPTN, sebaik sahaja tamat pengajian di universiti, kita akan diekori oleh surat-surat 'cinta' PTPTN sampai pening kita dibuatnya.
Andaikan kita berhutang dengan PTPTN sebanyak RM 26 000, mahu bayar balik dalam masa 10 tahun. Jumlah bayaran bukannya RM 26 000 tetapi kita 'dipaksa' membayar kos pentadbiran sebanyak RM 65 setiap bulan bermulanya selepas cukup pinjaman itu diterima (mengikut perjanjian).
Jadi jumlah bayaran sebagaimana berikut:
Pinjaman diterima : RM 26 000
Kos pentadbiran: RM65 x 120bulan (10 tahun) = RM 7800
Jumlah yang perlu dibayar RM33 800
Jadi, selepas bergelar siswazah, dengan disedari atau tidak, kita telah pun menanggung bebanan hutang yang menggunung tinggi banyaknya. Itu tak termasuk dengan kos-kos sara hidup yang lain, beli kereta, beli rumah dan sebagainya. RM 33 800 itu teramat besar jumlahnya, sekiranya dapat ditukar kepada biasiswa, sekurang-kurangnya kehidupan kita lebih bahagia tanpa hutang. Kita dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan dengan hati yang tenang. Ini mendorong meningkatkan kualiti kerja kita dan seterusnya kita dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
p/s: Sis Fiza mahu keluar dari sistem kapitalis yang memaksa kita berhutang sepanjang hayat! (bayar jumlah yang diberi pinjam je)
No comments:
Post a Comment