Thursday, January 27, 2011

Simpan Activation Code

Apabila anda membeli software yang original, anda akan dibekalkan dengan kod. Sis Fiza nasihatkan anda simpan kod tersebut sehinggalah tamat tempoh software tersebut.
Perisian Antivirus Kaspersky contohnya tempoh penggunaan lesen yang dberikan adalah selama setahun. Sekiranya dalam masa setahun itu, anda ada 're-install Windows' (format) komputer anda, kod tersebut masih lagi boleh digunakan.
Sis Fiza nukilkan di sini perkara ini sebab ada pelanggan yang bertanyakan adakah dia perlu membeli antivirus yang baru sedangkan dia baru sahaja sebulan menggunakan Kaspersrky ini dan masih berbaki 11 bulan untuk tamat tempoh. Jawapannya, tak perlu beli yang baru, melainkan sekiranya kod yang asal hilang.

No comments:

Post a Comment