Thursday, September 30, 2010

Hard Disk Error

Pernah mengalami situasi ini tak?

Apabila anda memasuki OS sama ada Windows XP, Vista atau 7, keluar amaran ini ‘hard disk error’. Situasi ini berlaku disebabkan 2 keadaan sama ada:

1 – Windows anda sudah korup. Masalah ini dapat diselesaikan dengan Install semula Windows tersebut secara keseluruhan. Kalau boleh format partition yang diletakkan OS itu.

2 – Bad Boot Sector. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melakukan ‘Error Checking Utility’. Ikuti langkah berikut: Klik START -> MY COMPUTER -> Pilih mana-mana partition hard disk yang anda ingin diperiksa dan klik kanan -> PROPERTIES -> TOOLS -> CHECK NOW -> Pilih ‘Scan for and attemp recovery and bad sectors -> START.

Dua cara diatas telah membantu kami untuk kembalikan komputer pelanggan kepada tahap yang sepatutnya.

Usaha Tangga Kejayaan

Untuk berjaya, anda perlu sentiasa positif walau apa pun ujian, kerana ujian itu untuk membina karakter anda menjadi lebih HEBAT, bukan untuk memusnahkan anda!

Langkahlah setangga demi setangga supaya lebih selamat... Kalau dilompat 4-5 tangga sekaligus dibimbangi akan terus tergolek ke bawah yang boleh menyebabkan anda cedera parah, yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh semula....

Jangan dilupakan...setiap keputusan yang akan diambil, dahuluilah dengan meminta petunjuk daripadaNya, dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar perkara. 

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan diiringi dengan rahmatNya dan beroleh kejayaan yang kita impikan.

Bagaimana untuk mengenal Windows Original?

Perhatikan gambar di bawah ini...

Pelekat Windows Vista (sekadar 1 contoh)
Pelekat Windows XP dan Windows 7 lebih kurang gambar ini juga
Pelekat yang TENGAH SAHAJA perlu difokuskan!

Product key yang biasanya ditampal di belakang laptop / PC

Dua gambar pelekat (sticker) di atas adalah tanda sama ada komputer kita guna Windows original atau tidak. Sekiranya tiada pelekat ini, kemungkinan besar komputer anda tidak menggunakan Windows Original. 

Kelebihan menggunakan Windows original ini kita boleh update Windows tanpa sebarang masalah. Tetapi sekiranya komputer tidak menggunakan Windows original dan anda tetap juga update Windows, kesannya Windows anda tidak dapat berfungsi seperti biasa, beberapa program akan disekat contohnya tidak dapat melayari internet, tidak dapat membuka pendrive (di komputer lain pendrive boleh buka pula) dan sebagainya.

Wednesday, September 29, 2010

Sistem Komputer

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca blog Sis Fiza semua? Sedang buat apa sekarang? Eh, sedang baca blog Sis Fiza la kan? (apa la Sis Fiza ni...hehe)

Kalau anda berkelapangan sekarang, Sis Fiza nak minta pembaca buat sesuatu boleh? Jangan risau, senang je kerja ni. Sis Fiza nak pembaca semua open My Computer. (klik Start - My Computer)

Kemudian klik local disk C. (Ops! jangan terus double click C tu. Buka melalui address bar atau right click C - open, atau buka melalui explorer

Dah buka ke? Ok, kalau dah, cuba perhatikan local disk C tu, selain folder biasa (ATI, Documents and Settings, Program Files & Windows), ada folder/file yang warna samar-samar tak (seperti gambar di bawah)?

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Sekiranya ada, anda perlu tahu bahawa folder / file yang sama-samar itu bukanlah virus, tetapi sistem komputer anda. Jadi anda tidak perlu delete file dan folder tersebut.

Sebagai langkah selamat, Sis Fiza cadangkan anda sembunyikan file dan folder tersebut. 

Apa? Sembunyikan? Sembunyi kat dalam CD ke / pendrive ke atau macam mana Sis Fiza?

Ok, cara nak menyembunyikannya Sis Fiza ada terangkan di bawah ini. Ikut step di bawah ini ye.

*Abaikan tulisan ini kalau di local disk anda tiada folder / file yang samar-samar.

Klik:
Tools - Folder Optios - View (pengguna Windows XP)
Organize - Folder and Search Options - View (pengguna Windows Vista & Windows 7)

Di bahagian Hidden Files & Folders, tick di 3 tempat:-
 - Do not show hidden files  and folders 
 - Hide extentions for known file types
 - Hide protected operating system files

Folder Options (klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas)

Selepas tekan OK, anda akan dapati paparan Local Disk C anda seperti gambar di bawah, tiada lagi file dan folder yang samar-samar tadi.

Selepas sembunyikan file & folder yang samar-samar tadi

Pembaca semua tahu tak kenapa Sis Fiza tulis entri ini? 

Begini, minggu ini sahaja Sis Fiza terima 2 laptop yang mempunyai masalah tidak dapat masuk Windows walaupun melalui Safe Mode. Selepas on laptop, ada keluar tulisan 'System missing....' di skrin laptop. Perkara ini tiba-tiba terjadi sedangkan semasa 'shut down' sebelum ini laptop tiada sebarang masalah. 

Sis Fiza bertanya mereka, sebelum 'shut down' ada tak mereka buka local disk C dan delete file / folder yang samar-samar? (Mereka terdiam sejenak mengimbau kembali apa yang berlaku) Mereka mengiyakan pertanyaan Sis Fiza. Jadi inilah puncanya. Laptop tidak boleh masuk Windows sebab ada sistem yang dibuang, kesannya laptop tak dapat berfungsi seperti biasa. Solutionnya, kena install Windows semula.

Selain pelanggan yang mengalami situasi begini, apa yang penting nak diberitahu di sini ialah perkara sebegini pernah terjadi kepada Sis Fiza sendiri..hehe.. Yelah...Sis Fiza tak suka lihat file & folder yang 'bersepah' tu sebab ingatkan virus / file yang tak berguna. Jadi untuk 'membersihkan' local disk C tu Sis Fiza delete semuanya. Sekaaallllli..komputer langsung tak hidup lepas itu...hihi (akibat suka memandai-mandai... tetapi Sis Fiza tak menyesal sebab boleh kongsikan pengalaman ini dengan pembaca semua.. =D )

Sis Fiza dulu hanya tahu menaip je, cara-cara penggunaan komputer tak tahu langsung. Sekarang selepas membantu suami di kedai komputer ini, baru Sis Fiza tahu sedikit demi sedikit mengenai cara menggunakan komputer dengan lebih selamat. Sis Fiza suka berkongsi dengan pembaca apa yang berlaku supaya pembaca dapat elakkan daripada mengalami situasi ini juga.

Ok, semoga pembaca dapat ambil 'pengajaran' daripada entri Sis Fiza kali ini. Wassalam.





Tuesday, September 28, 2010

Search Engine

Entri kali ini Sis Fiza ingin kongsikan cara untuk menukar enjin pencarian (Search Engine) kegemaran anda. Mungkin ada di kalangan pembaca yang sedang menggunakan Search Engine A, mahu menggunakan Search Engine B, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menukarnya. Jadi di sini Sis Fiza kongsikan cara-caranya:

1) Search Engine yang digunakan sekarang
(contohnya MSN)

2) Klik:-
*Tools - Options
(pengguna browser Mozilla Firefox & Internet Explorer)
*Gambar Spanar (Customize & Control Google Chrome) - Options
(pengguna browser Google Chrome)
** Sekadar menyebut 3 browser 

3) Letakkan alamat website Searh Engine yang diingini  diruangan Home Page
(contohnya Google - http://www.google.com)
Kemudian klik OK

4) Klik ikon Home Page (gambar rumah), akan keluar paparan seperti ini

5) Anda boleh pilih mahu gunakan Classic Home seperti di gambar 4
ataupun  iGoogle seperti dalam gambar ini

6) Ataupun jika mahu menggunakan Search Engine Yahoo,
taipkan http://www.yahoo.com di ruangan Home Page tadi (gambar 3)

p/s: Sekadar berkongsi maklumat mengenai 3 Search Engine sahaja di sini. Banyak lagi Search Engine lain yang boleh digunakan contohnya bing, lycos, altavista, ask dll...


Saturday, September 25, 2010

System Restore


Pernah tak komputer anda mengalami situasi begini?

Semasa sedang online, anda ada buka satu website dan tiba-tiba ada satu software yang scan komputer anda. Terdapat arahan yang minta supaya anda install software tersebut. Lalu anda mengikut arahan yang diberikan dan 'run' software itu (contohnya software antivirus).

Selepas 'run' software tersebut, anda sering diganggu dengan arahan 'SECURITY TOOL' dan menyebabkan laptop anda tiba-tiba padam dengan sendirinya. Anda cuba untuk remove melalui control panel tetapi software ini tiada di situ.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini dan mengembalikan laptop anda sebagaimana sebelumnya, anda boleh pulihkannya dengan menggunakan System Restore.

Caranya:-

Langkah 1:
Start - Programs - Accessorries - System Tools - System Restore
1) Start - All Programs - Accessories - System Tools - System Restore
(ini paparan Windows XP)


Langkah 2: 
Tick di 'Restore my computer to an earlier time' - NEXT
2) Tick di 'Restore My Computer to an Ealier Time'
(ini paparan Windows XP)


Langkah 3:
Pilih tarikh sebelum anda install software tadi. Contohnya anda ter'install' software tersebut pada 25/9/2010, maka pilihlah tarikh 24/9/2010. Sekiranya anda terlupa tarikh install, anda boleh agak-agak tarikh mungkin seminggu atau sebulan sebelum install software itu. 
3) Pilih tarikh sebelum install software yang tidak diingini itu
(ini paparan Windows XP)

Langkah 4:
Klik
 NEXT dan ikut arahan yang diberikan.

Selamat Mencuba.


p/s: Sekiranya anda telah melakukan System Restore tetapi paparan 'Security Tool' masih lagi keluar, kemungkinan komputer anda perlu di'reinstall' Windows. Perlu dihantar kepada mereka yang berpengalaman membaiki komputer. 


Saturday, September 18, 2010

Kembali ke Kampus

Selamat kembali ke kampus terutama warga UIA. Macam mana beraya? Mesti seronok sakan..betul tak? (=

Pengalaman Sis Fiza sewaktu berada di alam kampus dulu, antara perkara yang paling berat hati nak buat ialah  masa nak melangkah kembali ke kampus. Tak puas rasanya berada di kampung. Tapi... perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan sebagai penyuluh hidup dalam kita mencari RedhaNya.

Oklah... lepas baca blog Sis Fiza ni, apa kata adik-adik yang baru sampai ke Mahallah / kolej ni keluarkan printer yang tersimpan dalam kotak tu dulu atau kalau printer dah ada kat tepi tu, 'on' kan.

Kenapa pula tiba-tiba suruh dikeluarkan printer ni?

Ha..kalau pembaca nak tahu, antara punca printer mudah rosak ialah kerana jarang menggunakannya. Perasan tak lepas je bercuti panjang (terutama cuti Sem 3), printer buat hal? Jadi, untuk atasi masalah ini,  kenalah print sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ibarat motor atau keretalah, kalau lebih seminggu tak guna, dia akan 'jem'. Susah nak start. (pengalaman bermotosikal selama 6 tahun berada di bumi UIA)  (=

Apabila printer rosak, jarang ada technician yang sanggup membaikinya sebab kos baiki menyamai kos beli printer baru. Jadi sebelum terjadi apa-apa kat printer anda, apa kata jangan tangguh-tangguh lagi, terus on dan print lah apa-apa saja walaupun hanya separuh kertas A4.

Friday, September 17, 2010

Peristiwa di Negeri Serambi Mekah...

Pada 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431h, Kelantan mencatat sejarah dengan pengisytiharan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering. 

Alhamdulillah, sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, ada banyak perubahan yang dibawa oleh Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra. Selesai ditabalkan sebagai Sultan, takbir bergema menggantikan slogan 'Daulat Tuanku'... ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! 

Terasa betul rahmatNya apabila dinaungi oleh pemimpin yang meletakkan Islam di tangga yang teratas. Lebih-lebih lagi apabila menatap gambar-gambar di bawah ini. Sangat membuatkan Sis Fiza rasa terharu.

Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...
Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.

Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan..
Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...
Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan...

Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Thursday, September 16, 2010

Bateri Laptop

InsyaAllah posting kali ini Sis Fiza ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai cara penggunaan bateri laptop agar tahan lebih lama.

Bateri Laptop

Bagi mereka yang baru membeli laptop / bateri baru, Sis Fiza nasihatkan caj dulu bateri selama 8 jam untuk permulaan. Tetapi kalau ada kerja penting yang perlu diselesaikan, gunalah laptop itu dengan menggunakan AC power tanpa menggunakan bateri (buang bateri dari tempatnya terlebih dahulu). Selepas selesai menggunakan laptop, barulah caj bateri sahaja selama 8 jam. (Sis Fiza cadangkan caj masa nak tidur sebab kekadang tangan terasa gatal nak mengoteh* laptop baru..hehe) *mengoteh  = explore

Bagi mereka yang dah ada laptop, cara terbaik untuk menjaga bateri supaya tahan lama ialah dengan tidak menggunakan AC power dan bateri sekaligus. Caj hanya apabila bateri hampir kehabisan.

AC power
Bateri baru biasanya tahan selama lebih kurang 5-6 jam (mungkin juga lebih). Walaubagaimanapun ada juga kes di mana bateri hanya mampu bertahan lebih kurang setengah jam sahaja walaupun masih baru. Jika ini terjadi, anda dinasihatkan untuk menghantar semula bateri ke kedai anda beli laptop itu atau ke pusat servis untuk ditukar bateri baru (percuma sebab masih dalam warranty).

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum WBT


Rasanya masih belum terlewat untuk Sis Fiza ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog Sis Fiza. Maaf dipinta andai ada tersilap kata, tersalah bicara yang mengguris hati kalian.

Bersyukurlah kita diberi peluang untuk menikmati kemeriahan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara dalam suasana aman damai. Di luar sana ramai lagi mereka yang tak berpeluang untuk berhari raya bersama keluarga sama ada kerana tuntutan kerja, terjadi kes-kes yang tidak diingini, tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk pulang berhari raya atau 1001 masalah lain lagi.

(Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad, Ahmad Kamil Abd Karim yang mati dibunuh- Semoga ruh kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh- Alfatihah)

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, eloklah kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apabila kita pasakkan dalam diri kita tiada manusia yang sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, InsyaAllah, kita akan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Salam Lebaran...Maaf Zahir & Batin....
Wan Nur Hafizah & Nuzul Ridwan