Sunday, August 29, 2010

Cara Penjagaan Software



Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan Al-Mubaarak

Pada entri kali ini Sis Fiza ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai cara-cara penjagaan software supaya potensi komputer sentiasa berada pada tahap maksima.

1) Menggunakan Disk Defragmanter.

Perisian ini sebenarnya mampu mempercepatkan komputer anda dengan menyusun fail-fail di hard disk supaya lokasi antara fail lebih dekat. Dengan kata lain, komputer anda akan jadi lebih cepat mengakses fail-fail dalam hard disk. Perumpamaan yang boleh dibuat ialah seperti mencari buku di rak yang bersepah dan tersusun, mana lebih cepat? Jadi selalulah susun fail di komputer anda menggunakan Disk Defragmenter.

Untuk menggunakannya: START -> ALL PROGRAMS -> ACCESSORIES -> SYSTEM TOOLS -> DISK DEFRAGMENTER.


Gambar semasa mula-mula defrag disk (bagi pengguna Windows XP)


Gambar selepas defrag disk (bagi pengguna Windows XP)
2) Menggunakan Disk Cleanup

Perisian ini juga boleh membantu untuk meningkatkan potensi komputer dengan ‘membersihkan’ hard disk komputer anda. Disk Cleanup akan mengenalpasti fail-fail yang sudah tidak digunakan untuk dibuang bagi melancarkan komputer anda. Antara fail yang dikenalpasti : temporary Internet files, Recycle Bin, Windows temporary files, optional Windows components. 

Untuk menggunakannya: START -> ALL PROGRAMS -> ACCESSORIES -> SYSTEM TOOLS -> DISK CLEANUP


Disk Cleanup
Selamat mancuba!







4 comments:

  1. Wah, siap ada gambar sekali dalam artikel ni...bagus Sis Fiza. keep up a good work...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Miss Kelate.. (= Semoga dapat ambil manfaat daripada blog yang tak seberapa ini...

    ReplyDelete
  3. sya ada sofwera untuk penjgaan skrin laptop tapi bila masa sya buat scan sofwera tue mcm nak di setting kembali so sya keliru sangat

    ReplyDelete