Sunday, October 24, 2010

Pembetulan Ayat


Sis Fiza dulu guna komputer hanya untuk menaip sahaja (dan dengar nasyid (= ), tak tahu sangat cara penggunaan dan penjagaan komputer. Bahkan takut untuk explore komputer lebih-lebih, takut komputer meragam. Alhamdulillah, sekarang setelah 'bertumas' di kedai komputer membantu suami ni, sedikit sebanyak pengetahuan mengenai komputer makin bertambah dan Sis Fiza gembira dengan sedikit pengetahuan yang ada, Sis Fiza boleh kongsikan dengan pembaca semua di blog yang tak seberapa ini. 

Banyak ilmu informal yang Sis Fiza dapat semasa memerhatikan saudara-mara dan sahabat handai menggunakan komputer. Sis Fiza masih ingat lagi sewaktu berada di Matrikulasi UIA PJ satu ketika dahulu, Sis Fiza asyik memerhatikan sahabat baik, Ukhti Azuni menyiapkan assignment Bahasa Inggeris. 

Semasa mengedit assignment tersebut, Sis Fiza lihat dia 'right click'  tetikus pada ayat (yang bergaris hijau secara automatik) seperti foto di bawah ini. 


Setelah 'right click', keluar dua ayat pilihan yang berlainan seperti foto ini.


Sis Fiza lihat Ukhti Azuni memilih salah satu daripada dua pilihan tersebut dan ayat tadi bertukar seperti foto di bawah. (ayat Sis Fiza taip ni sekadar contoh)


Barulah Sis Fiza tahu rupanya fungsi garis hijau yang sentiasa tertera semasa menaip di Microsoft Word itu tandanya  tatabahasa Bahasa Inggeris yang kita gunakan adalah salah. Cara untuk memperbetulkannya ialah dengan 'right click' pada garisan itu dan kita hanya perlu pilih ayat mana yang sesuai dengan karangan kita. 

Mulai hari itu, mulalah Sis Fiza menggunakan fungsi cek 'Grammar' pada setiap assignment sebelum dihantar kepada pensyarah. (tapi untuk Bahasa Inggeris sahaja). 

Terima kasih banyak-banyak kepada Ukthi Azuni atas ilmu yang diperolehi secara tidak formal ini. (Ukhti Azuni sekarang sedang menanti saat-saat kelahiran bayi pertama. Semoga Allah permudahkan segala urusan Acik. Angah rindu Acik tau!)


1 comment: