Tuesday, December 28, 2010

Terapi minda...

Menu sarapan pagi: Timun, salad (dihiris) dan carrot yang disagat/parut..digaul bersama..
Bahan yang digoreng; potato, sosej dan telur.. (masukkan sedikit garam dan tabur sedikit lada hitam)
*goreng satu persatu, pastu baru gaulkan semua sekali...
Jadilah Burger Potato...hehehe

Jommmm makannnnn....

Tempat letak CD / DVD laptop tak dapat dibuka?

Ada kes yang berlaku, Optical Drive (tempat dimasukkan CD / DVD) tidak dapat dibuka walaupun telah menekan butangnya. Cuba perhatikan di tepi butang, ada tak satu lubang kecil di situ? Pasti ada. Lihat gambar di bawah ini.

Perhatikan rupa Optical Drive di laptop...

Lubang kecil yang dalam bulatan kuning.

Anda hanya perlu ambil jarum atau dawai yang kecil, cucukkan dalam lubang itu dan ia akan boleh buka walaupun laptop 'off' pada masa itu, InsyaAllah.

CD & DVD Player laptop rosak?



Apa yang terjadi sekiranya setelah kita memasukkan pemain CD atau DVD ke Optical Drive ini, ia tidak dapat dibaca atau dikesan di komputer kita?

1) Cuba uji CD / DVD itu di komputer lain, kalau tak dapat dikesan juga, kemungkinan CD / DVD player tersebut yang rosak.

2) Sekiranya boleh dikesan pada komputer lain, ada 2 kemungkinan yang berlaku pada Optical Drive laptop kita sama ada:
  • 'Laser optical drive' yang rosak menyebabkan semua CD/DVD tidak boleh dibaca. Jika hanya boleh  baca CD sahaja atau DVD sahaja maka salah satu laser untuk CD atau DVD sahaja yang bermasalah.
  • 'Connector' kepada CD/DVD player di 'Motherboard' yang rosak. Jika puncanya di sini biasanya CD/DVD player tidak dapat dikesan di 'My Computer'. Untuk pastikan puncanya anda juga boleh tengok di bios sama ada dapat dikesan atau tidak CD/DVD player di sana.

Terapi minda...

Nasi...
Kari ayam...
Acar timun...
Untuk yang tersayang...

Ni salah satu hasil air tanganku untuk suami tercinta...
Hubby cakap nasi dagang ni tak rasa muak...
Alhamdulillah!

Cara nak buat senang je..

Untuk nasi:
- basuh beras nasi dagang - toskan
- pastu masukkan santan (sukatan: jumlah santan sama banyak dengan sukatan beras-boleh juga dilebihkan sedikit sahaja contohnya beras 5 pot, santan 5 1/2 pot)
- masukkan sedikit garam, halia dan halba..
- letakkan dalam rice cooker.. kacau sekali-sekala
- bila dah agak nak masak, masukkan bawang merah yang dimayang (2 ulas)
- tunggu nasi masak..
**sebelum ni saya buat nasi dagang guna beras pulut sebab tak jumpa beras nasi dagang Kelantan kat Gombak ni. Caranya senang juga.. gantikan beras nasi dagan dengan beras biasa + beras pulut.. sifir dia 2 pot beras biasa dan 1 pot beras pulut.. basuh beras ni, kemudian masukkan santan 2 1/2 pot (santan dikurangkan sedikit sebab nanti pulut tu lembik sangat). Cara masak sama dengan yang di atas.

------------
Cara saya masak kari ayam:

- tumis bawang merah (4-5 ulas), bawang putih (2-3 ulas), halia (1 inci) dan lengkuas (1 inci) (blender/tumbuk)
- pastu masukkan kari ayam (saya tambah sedikit kari ikan sebab biasanya nasi dagang dimakan dengan kari ikan aye -tongkol-jadi nak bagi rasa ala2 kari ikan saya masukkanlah kari ni..hehe - nilah akibatnya tak meracang dulu nak masak apa, tengok apa yang ada kat dapur, rasa nak makan, terus masak..) {saya masukkan 3 sudu kari ayam dan 1 sudu kari ikan untuk 8-10 potong ayam}
- tumis lagi bagi kari ni betul2 masak... masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & sedikit halba..
- masukkan ayam, garam, nisan (gula melaka), sedikit air..
- masukkan santan... bila dah cukup masak, boleh tutup api...=)

--------------

Acar timun:
- gaul sedikit cuka, perahan asam limau nipis, garam dan gula.
- masukkan timun, lobak merah, lada, bawang besar (bahan-bahan lain yang boleh dimasukkan; halia muda, kubis dll)
- gaul bagi sebati..
- biarkan 1/2 jam ke 40 minit bagi bahan perap tadi rasa pada timun...
--------------

Siap untuk dimakan.... 

Apa itu Optical Drive?

Foto ini adalah optical drive yang terdapat pada laptop.

Optical drive ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i) CD-RW
ii) DVD-RW
iii) Blu-Ray (paling terkini berada di pasaran)

CD-RW
DVD-RW
Blu-Ray Disk Writer
** 3 foto ini merupakan optical drive yang terdapat pada desktop

Setiap jenis terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

   1. Untuk baca data sahaja. (CD-ROM, DVD-ROM)
   2. Untuk baca dan rekod (writer @ RW). Gambar di atas ialah yang mempunyai kelebihan rekod.

Setiap jenis juga mempunyai kapasiti tersendiri yang membezakan antara satu sama lain bergantung kepada keperluan pengguna. CD mampu menyimpan data sehingga 700MB, DVD pula maksimum penyimpanan data sebanyak 4.7GB dan Blu-ray disc pula mampu menyimpan sehingga 25GB untuk satu layer. Jika 2 layer  50GB lah saiz data yang boleh disimpan!

Walaubagaimanapun, masih jarang pengguna memilih Blu-ray disc kerana harganya yang mahal dan masih baru di pasaran.

Tips Bateri Laptop Tahan Lebih Lama

Jika membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, cas bateri itu selama 6-8 jam untuk pertama kali. Untuk kali kedua dan seterusnya cas sehingga penuh sahaja. Cara ini akan membantu untuk set bateri laptop kita mencapai kapasiti cas pada tahap paling tinggi sebelum digunakan.

Kalau nak bagi bateri tahan lama, jangan biarkan bateri habis dulu baru cas, sebaliknya apabila bateri tinggal sikit je sudah boleh terus cas.

Dan sebaik-baiknya elakkan mengamalkan menggunakan kedua-duanya (guna bateri dan dalam masa yang sama guna adapter/charger yang disambungkan kepada bekalan elektrik sedangkan bateri masih penuh) kerana ia akan mengurangkan jangka hayat bateri serta boleh merosakkan bateri laptop kita.


Terapi minda...

Ubi kentang, sosej dan telur yang digoreng...
Kubis (digaul bersama lada hitam)
Tomato dan salad
Campur semua sekali..jadilah Roti Telur Bersalad...
Jemput makan...hehe

Perbezaan antara Desktop, Laptop dan Netbook (Siri 2)

Artikel sebelum ini Sis Fiza ada kongsikan foto perbezaan antara desktop, laptop (notebook) dan netbook.

Ketiga-tiga komputer ini berbeza dari sudut:

1) Saiz
1.1 - Skrin
1.2 - Saiz fizikal
1.3 - Berat

2) Processor

 3) RAM

4) Video
5) Bateri
6) Keyboard
7) Trackpad
8) Webcam
9) Optical drive

10) Aksesori

Wednesday, December 8, 2010

Perbezaan antara Desktop, Laptop dan Netbook (Siri 1)

Di sini Sis Fiza ingin kongsikan dengan pembaca sekalian perbezaan di antara desktop, laptop (atau dikenali juga sebagai notebook) dan netbook.

Desktop

Laptop / Notebook

Netbook
Paling ketara ketiga-tiga komponen ini berbeza dari sudut saiz. Keterangan lanjut nantikan Siri 2 untuk tajuk ini... =)

Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum WBT...

Bersempena dengan 1 Muharram 1432 Hijriyyah pada hari ini, sukalah Sis Fiza mengucapkan Selamat Berhijrah kepada semua pembaca blog Sis Fiza. 

Marilah kita sama-sama berhjrah ke arah yang lebih baik, melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan laranganNya.

Marilah kita berhijrah daripada tak solat kepada solat 5 waktu sehari semalam.
Marilah kita berhijrah daripada melengah-lengahkan solat kepada solat di awal waktu.
Marilah kita berhijrah daripada mengumpat kepada memperbanyakkan menyebut Astaghfirullahal'azhim..
Marilah kita berhijrah daripada bermalas-malasan kepada berajin-rajian.
Marilah kita berhijrah daripada kedekut kepada pemurah.
Marilah kita berhijrah daripada membuat maksiat kepada berbuat kebaikan.
Marilah kita berhijrah daripada memakai pakaian ketat kepada berpakaian longgar.
Marilah kita berhijrah daripada tak pakai tudung kepada memakai tudung.
(boleh lihat koleksi tudung di sini..)

Pendek kata..marilah kita menghijrahkan diri kita daripada mengundang kemurkaan Allah kepada mendekatkan diri kepadaNya..

Semoga usaha kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik mendapat rahmatNya dan keampunan dariNya.