Tuesday, November 30, 2010

Elakkan guna Adapter (Charger) Laptop Universal


Kalau charger laptop rosak, kami tak galakkan anda gunakan charger universal. Seelok-eloknya gantikan dengan charger yang berjenama laptop tersebut & mempunyai voltan output yang sama (ataupun kurang, jangan lebih je) dengan yang asal, laptop lebih selamat. InsyaAllah.

Gambar charger universal (ada ditulis Universal AC Adapter di kotak 4 segi tu)

Fungsi User Accounts

Selama dok servis komputer ni,  Sis Fiza dapati ramai juga pengguna komputer mengekalkan maklumat komputer seperti asal sebagaimana gambar di bawah ini. Sukalah Sis Fiza kongsikan di sini cara untuk menukar nama (contohnya Administrator / User)  dan gambar (contohnya gambar permainan Catur) setelah klik ikon Start, kepada gambar atau nama yang kita sukai. (sila klik gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas)

Klik Start - Control Panel
Pilih akaun yang ingin ditukar contohnya 'Administrator.. klik di situ
Di sini kita diberi pilihan sama ada untuk meletakkan password atau menukar gambar di komputer kita.
Ni contoh gambar yang disediakan. Sekiranya ingin meletakkan gambar lain, klik 'browse for more pictures' dan ikut arahan yang diberikan.
Ok, sekarang gambar 'Catur' tadi telah ditukar kepada gambar 'rama-rama' & nama sebenar pemilik diletakkan.
Selamat Mencuba... (=

Monday, November 29, 2010

Netbook HP Mini 210-2002/03/0/05

 Jom cuci mata sekejap... (=

Foto Mini Netbook yang dibeli pelanggan Sis Fiza...
Didatangkan dengan 2 warna iaitu merah dan hitam...

Pandangan dari luar  (merah)
Pandangan dari luar (hitam)
Sebelah dalam...warna perak (silver)

Dibekalkan dengan Windows 7 Starter

HP MINI 210-2002/03/0/05

Spec:
Intel Atom N475 1.83Ghz
1GB DDR3 RAM
250GB Hard Disk
10.1' Screen
Windows 7 Starter
Black & Red Color

RM 1199

Laptop panas? Gunalah Notebook Cooler...

Sedang guna laptop tak sekarang?

Cuba letakkan tangan anda pada permukaan bahagian dalam dan belakang laptop, ada rasa panas tak?


Kalau panas laptop tu walaupun baru guna, Sis Fiza cadangkan anda guna penyejuk laptop (notebook cooler) dengan segera. Ia membantu melancarkan pengaliran haba pada laptop dan mengelakkan laptop daripada ditimpa kepanasan yang melampau (overheating).

Overheating ini pula boleh menyebabkan berlakunya kebakaran pada cip di motherboard. Kalau cip motherboard rosak, ada harapan lagi untuk dipulihkan, tapi risiko perkara ini berulang kembali agak tinggi jugalah. Untuk menukar motherboard baru, kosnya agak mahal (lebih baik beli laptop baru terus).

Jadi, sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, apa kata kita mencegahnya terlebih dahulu. Gunalah notebook cooler. (=

~Prevention is better than cure~

Skin Laptop


Cantik tak skin laptop ni?
Cantikkan? Sis Fiza pun berkenan. Tenang aje bila lihat gambar ni.

Sis Fiza lihat ramai juga di kalangan kita suka menghias laptop dengan meletakkan skin yang pelbagai motif ni.
Tapi..nasihat Sis Fiza, kalau boleh elakkan meletakkan skin pada sebelah dalam laptop seperti gambar di atas.

Kenapa pula Sis Fiza?
Kerana...ia menutup pelekat (sticker) mengenai info di laptop kita. Info ni sangat diperlukan terutama ketikamana laptop mempunyai masalah dan perlu dibaiki lebih-lebih lagi sekiranya laptop kita tidak memberi sebarang tindakbalas walaupun sudah tekan butang power.
Jadi, cukuplah dengan meletakkan skin ini di bahagian luar sahaja seperti foto di bawah ini.


Wassalam...

Sunday, November 28, 2010

Perbezaan Processor AMD dan Intel

Jom ikuti perbualan antara Sis Fiza dan pelanggan pada suatu ketika...

Pelanggan: Saya nak tanya pasal laptop..tak boleh buka... 

Sis Fiza: Ok, butang power menyala ke tak?

Pelanggan: Laptop tak boleh start langsung. Bila tekan butang start tu, takde respon langsung. 

Sis Fiza: Laptop Compaq ye? Guna processor AMD ke? Laptop cepat panas tak sebelum jadi macam ni?

Pelanggan: Ye, Compaq dan AMD. A'aa..cepat sangat panas. Sedih betul lah sebab semua dokumen penting ada dalam tu. 

Sis Fiza: Jangan risau, insyaAllah, laptop masih boleh diselamatkan. Berdasarkan pengalaman kami, apa yang terjadi ni adalah tanda-tanda motherboard bermasalah. InsyaAllah, fail dalam laptop tu masih selamat kerana kerosakan motherbord tidak akan menghilangkan fail. Semua dokumen kita tersimpan di hard disk. Andainya hard disk yang rosak barulah dokumen tak dapat diselamatkan. Dan kalau laptop rosak sekalipun, hard disk boleh dikeluarkan & jadikan external hard disk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Laptop anda pernah jadi macam ni juga tak?

Tanda-tanda yang Sis Fiza nyatakan di atas adalah berdasarkan pengalaman kami. Boleh dikatakan 9/10 laptop yang dihantar kepada kami yang mengalami kerosakan motherboard ialah yang menggunakan processor AMD, hanya 1/10 sahaja yang menggunakan processor Intel. Bahkan kebanyakannya adalah  laptop yang  berjenama Compaq. (Acer pun ada juga). 

Ingin Sis Fiza tegaskan di sini, tulisan ini bukanlah berniat untuk menjatuhkan syarikat yang mengeluarkan laptop Compaq dan Processor AMD. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman kami mengendalikan servis membaiki laptop, dan juga hasil pemerhatian Sis Fiza dalam mengikuti forum online mengenai masalah ini. Paling mengejutkan kami apabila menerima laptop Compaq CQ40 yang mengalami kerosakan motherboard. (Nasib baik masih dalam warranty)

Di sini, sukalah Sis Fiza kongsikan sedikit maklumat mengenai processor.

Terdapat 2 jenis processor iaitu AMD dan Intel, dan kedua-duanya adalah keluaran US.

AMD lebih pentingkan kelajuan processor. Dengan kata lain jika anda mendapatkan 2 jenis processor AMD dan Intel yang hampir sama harga, maka sudah tentu AMD lagi laju.

Disebabkan AMD pentingkan kelajuan maka processor tersebut menghasilkan lebih banyak haba berbanding Intel. Itulah yang menyebabkan AMD sering berlaku 'overheating' pada laptop.

Intel pula mementingkan ketahanan. Dengan kata lain kelajuan yang sama padan dengan ketahanan. Kalau Intel keluarkan Processor baru yang laju, maknanya produk tersebut sudah melepasi piawaian kualiti ketahanan yang mereka gariskan.

Jadi, bolehkah  kalau kita nak tukar processor daripada AMD ke Intel? Jawapannya tidak boleh. Sebabnya motherboard itu direka khas untuk AMD. Kalau nak tukar kena tukar sekali dengan motherboard. Itupun kena pastikan motherboard itu padan dengan casing laptop. Dengan kata lain lebih baik beli yang baru.

Ringkasannya:
Tanda-tanda berlakunya kerosakan motherboard adalah seperti berikut: (berdasarkan pengalaman kami)

1) Laptop tidak memberikan sebarang tindakbalas walaupun sudah menekan butang power.

Ada kemungkinan juga laptop mengalami masalah: 1)charger, 2)skrin. Cara mengesan mana satu yang bermasalah: 1) cuba guna charger lain (pastikan voltan output sama dengan yang asal), 2) sambungkan laptop ke monitor PC, kalau tiada sebarang paparan juga kemungkinan besar motherboard yang bermasalah.

2) Menggunakan processor AMD.
Contoh pelekat Processor AMD dan Intel

3) Berlakunya overheating (kepanasan yang melampau) pada laptop.

Sekiranya laptop anda ada tanda-tanda no 2 dan 3 seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepat gunakan cooler untuk menyejukkan sedikit suhu pada laptop. Elakkan menggunakan laptop di atas permukaan yang berkain kerana ia boleh mengganggu pengaliran haba pada laptop. Sebaliknya boleh guna diatas permukaan yang bersimen. 

Adakah kerosakan ini boleh dibaiki?
InsyaAllah, boleh sekiranya tidak melibatkan kerosakan cip utama di motherboard. Terlebih dahulu kami akan minta persetujuan daripada pelanggan sebelum membaiki motherboard ni kerana kos baiki agak tinggi, paling kurang kosnya RM180, waranty 10 hari. Tetapi risiko untuk berlaku lagi kerosakan ini agak tinggi, dan tidak boleh dijangka hayatnya sampai bila. Ada yang kami baiki masih mampu bertahan sehingga setahun lebih, ada juga yang hanya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja. 

Andainya sanggup tanggung risiko ini, barulah kami akan baiki kerosakan motherboard ini. Pernah seorang pelanggan menceritakan kepada kami yang beliau sudah baiki motherbaord laptop sebanyak 4 kali. Akhirnya, beliau beli baru. Nasihat kami kepada pelanggan yang menggunakan laptop processor AMD, jika ada duit lebih baik beli laptop baru yang menggunakan processor Intel. kalau hendak baiki pun cukuplah sekali sahaja. Jika berulang kerosakan simpan duit untuk beli yang baru. itu lebih baik.


Processor

Saturday, November 27, 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum WBT...

Hari ini 20 Zulhijjah 1431h = 27 November 2010 ... Genaplah 10 hari kita meraikan Hari Raya Aidil Adha. Tahniah kepada para hujjaj yang berjaya melakukan ibadah haji. Semoga kalian mendapat haji yang mabrur. Rindu untuk mengunjungi Baitullah lagi...

Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang menyertai ibadah korban, bagi mereka yang belum berkemampuan untuk melakukan ibadah ini, tekadkan dalam diri sekarang juga untuk sama-sama menyertai menyertai ibadah korban pada tahun hadapan. 

Teringat perbualan dengan ayahanda (mertua) mengenai ibadah korban ni. Beliau berkongsi dengan kami tazkirah yang didengarinya, yang disampaikan oleh Imam masjid di kampung kami. Beliau mengatakan ramai di kalangan kita yang berkira dengan harga untuk berkorban lembu ni. Kita membuat perbandingan harga untuk satu bahagian lembu yang ingin dikorbankan. Lagi murah harga yang ditawarkan, lagi cepatlah kita membuat persetujuan untuk menerima pelawaan tersebut, tanpa melihat dahulu keadaan lembu itu.

Menurut beliau, kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah mengikut saiz lembu. Lagi besar lembu, lagi mahal harganya. Maknanya lagi murah harga lembu lagi kuruslahlah binatang  yang ingin dikorbankan itu. Ramai yang berebut inginkan bahagian yang murah ini walaupun ada dikalangan kita yang begitu berkemampuan untuk dapatkan yang mahal sedikit. 

Sebelum saya meneruskan kalam, mari kita merenung sejenak apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban. Ibadah korban ialah menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kerbau, unta dan kambing pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah), dan pada hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah).

Kenapa Islam menganjurkan ibadah korban ini? Sekadar suka-suka untuk menjamu selera dengan makanan yang mewah? Ingin bermegah dengan kekayaan yang dimiliki? Bukan sama sekali. Islam menganjurkan ibadah korban ini sebagai salah satu cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mendidik kita untuk melakukan kebajikan, menunjukkan rasa syukur kepadaNya atas limpahan rezeki yang dikurniakan. Yang kaya tolong yang miskin, yang miskin tidak terus miskin akibat daripada ketidakpedulian si kaya. Maka, wujudlah suasana tolong-menolong dan berkasih-sayang dalam masyarakat kita. 

Ibadah korban yang dilakukan ini adalah persembahan kita kepada Pencipta kita. Jadi, tersangat beruntunglah mereka yang berusaha untuk persembahkan sesuatu yang paling terbaik untukNya kerana pada Hari Akhirat kelak, binatang korban ini akan datang kembali kepada kita. 

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)


Mengenai pengorbanan yang diterima Allah ini, saya teringat akan kisah Habil dan Qabil. Allah SWT memerintahkan supaya Nabi Adam mengahwinkan Habil dengan Iqlima dan Qabil dengan Lubuda. Apabila diajukan perintah ini kepada kedua-dua putera Baginda, putera yang bernama Qabil tidak bersetuju untuk dikahwinkan dengan Lubuda, pilihan ayahandanya kerana berpendapat Iqlima lebih cantik berbanding Lubuda. 

Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka perlu berkorban kepada Allah SWT, dan sesiapa yang diterima korbannya, dia berhak untuk membuat pilihan sindiri mahu berkahwin dengan siapa. Dipendekkan cerita, Qabil mempersembahkan sekarung gandum yang daripada tanamannya yang rosak dan busuk, manakala Habil pula memilih kambing yang paling disayanginya untuk dijadikan korban. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan. Selepas itu, turunlah api menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil, manakala korban Qabil langsung tidak disentuh oleh api tersebut. Ini bererti korban Habil lah yang diterima oleh Allah SWT. 

Inipati daripada kisah ini, menunjukkan Allah hanya menerima korban yang paling baik yang dipersembahkan oleh hambaNya. Jadi, usahlah kita tersangat berkira untuk berkorban kepada Allah. Kita sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menukar handphone baru setiap kali keluar model baru. Tapi, kenapa kita tidak sanggup mengorbankan sedikit wang kita untuk korbankan yang terbaik kepada Allah SWT? Ini adalah saham akhirat kita. Renung-renungkan...





Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Lahir Abah...


Selamat Meraikan Hari Lahir Ayahanda, Hj Wan Aziz bin Hj Wan Mahmood, buat bondaku Hjh Wan Norhayati, kekandaku along, Nurul Rahman beserta anakanda Hana Nadira, adinda2ku Hilmi Aziz Nabila Aziz Izza Aziz Azie Aziz Ilyani Yan, juga tidak lupa adindaku yang berada di Tanjung Malim Nik Aziz & suamiku yang tercinta Nuzul Ridwan.. Sama2 kita doakan agar umi dan abah tercinta sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan usia & sentiasa dilimpahi rahmatNya Yang Esa.

Umi, abah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan ayahanda & bonda seperti kalian, yang sentiasa menitikberatkan didikan agama dalam diri anak-anak.

Umi.. Walaupun sibuk melayan kerenah anak-anak, tetap akan berusaha menunaikan solat di awal waktu. Kalian tidak banyak bercakap mengenai agama, tapi kalian mendirikan agama dalam diri kalian terus, yang perlu dijadikan ikutan buat kami anak-anakmu.. Allahu Akbar! Nikmat terasa dalam diri ini.

Abah..Walaupun ketika sibuk menguruskan perniagaan, abah tetap mencari masjid setiap kali masuk waktu solat.. Hatta ketika bermusafir sekalipun.. Dan paling diingati sebaik sahaja sedar setelah selesai menjalani pembedahan kepala kali pertama dulu, perkara utama yang abah lakukan adalah solat dan bersedekah walaupun ingatan abah terganggu ketika itu. Masih segar di ingatan Angah Bah..

Umi..abah..
Di sepertiga malam kalian tidak sah kalau tidak disertai dengan Qiamullail. Hari mu dimulai dengan Zikrullah, tatkala anak-anak masih lagi diulik mimpi. Terasa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan Umi dan Abah.. Allahu Akbar!

Teringat 1 hadis yang anakanda ingat sehingga kini..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "7 golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka ialah:
- pemerintah yang adil,
- pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
- orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
- dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah keranaNya,
- orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk melakukan maksiat dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah!",
- orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
- dan orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya.
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Anakanda melihat ada ciri-ciri yang disebutkan di atas terdapat pada diri kalian umi dan abahku... Anakanda doakan umi dan abah tergolong dalam 7 golongan ini. Amin...

Umi..abah..
Anakanda tidak mampu untuk menyenaraikan pengorbanan kalian kepada kami semua..terlampau banyak... cuma sekadar menukilkan perkara yang begitu menyentuh hati kami anak-anakmu..

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada umi dan abah kerana pertama kali kami dibawa menaiki kapal terbang adalah ketika kalian membawa kami, anak-anak seramai 8 orang untuk mengerjakan umrah tahun 2006 yang lalu. Nikmat yang tidak terhingga dapat menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga tersayang. Allahu Akbar!

Semua pengorbanan umi dan abah ini tidak mampu kami balas. Hanya Allah lah yang mampu membalasnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa umi & abah kami, dan peliharalah Umi dan abah kami sebagaimana mereka pelihara kami sedari kami kecil lagi... Amin..

Umi..abah..kalianlah idola kami..anak-anak dan cucunda kalian...

Wan Mohd Hafizul Rahman + Wan Noorul Huda = Wan Norhana Nadira
Wan Nur Hafizah + Mohd Nuzul Ridwan = ???
Wan Mohd Hilmi
Wan Nur Hanani
Wan Nurnabila Husna
Wan Nurizzati
Wan Nur Hazirah
Wan Nur Ilyani

11/11/2010


Wednesday, November 10, 2010

Apa itu Hard Disk?


Rakan-rakan tahu gambar apa ni? Pernah dulu Sis Fiza tanya suami, ni motherboard ke? Dia gelak! Huhu..takpe-takpe. Demi nak belajar, kenalah tebalkan muka, pekakkan telinga (menahan malu) untuk mengetahui sesuatu perkara tu. Kita kan baru belajar. Tak perlulah malu sekiranya melakukan kesilapan. Kita belajar daripada kesilapan itu. Betul tak?

Hubby cakap, ini namanya Hard Disk. Oooo..Pastu apa fungsi hard disk? Hard disk ni adalah tempat simpan semua fail-fail kita. Hard disk pula terdiri daripada 2 jenis iaitu SATA dan IDE. Rekaan connectorlah yang membezakan kedua-duanya. Hard disk SATA adalah teknologi terbaru berbanding IDE.

Sekiranya laptop mengalami kerosakan motherboard dan tidak boleh digunakan lagi, keluarkan hard disk daripada laptop dan jadikannya sebagai external hard disk. Pakaikan sarung pada hard disk tersebut untuk lebih selamat. Kalau terjatuh pun, sarung ni dapat mengelakkan daripada terhentak dengan kuat, insyaAllah. 

Bagaimana pula untuk mengetahui hard disk rosak atau tidak? Biasanya kalau hard disk rosak, ia akan mengalami sutuasi berikut:
1 - Windows tersekat (hang)
2 - Tidak boleh masuk Windows
3 - Keluar bunyi pelik dan bising pada komputer 
Cukup ketiga-tiga tanda ini, maknanya kita perlu tukar hard disk baru. 

Wednesday, November 3, 2010

Emel Notifications Facebook

Sewaktu Sis Fiza mula-mula menggunakan Facebook (FB), Sis Fiza dapati akaun emel dibanjiri dengan emel notis daripada FB. Emel yang tak penting Sis Fiza delete sebab takut tak perasan ada emel penting yang perlu dibaca. Jenuh juga lah kalau 2,3 hari tak cek emel, penuh inbox dengan notis dari FB ni. Kadang-kadang sampai beratus emel diterima sampaikan Sis Fiza cuba untuk mengurangkan komen di ruangan FB, sebab tak nak buang masa untuk men'delete' emel ni. 

Rakan-rakan semua pula macam mana? Mengalami situasi yang sama juga tak?

Sis Fiza adukan perkara ni kepada suami. Dia tanya kenapa tak off notifications emel? Kalau off kan, emel notis daripada FB kita takkan terimalah. Ooooh..macam tu ke? Hehe.. Tak tau pun ada fungsi tu.

Jadi, tanpa membuang masa Sis Fiza pun mulalah meng'off'kan notifications tu. Sekarang inbox emel pun kembali aman..  =)

Eh... nak off kat mana ni? Kalau rakan-rakan nak tahu juga, lihat langkah yang ditunjukkan di bawah ini....

Klik ruangan Account di FB --> pilih Account Setings

Klik Notifications --> untick di kotak-kotak kecil sebagaimana yang ditunjukkan di foto ini 

Selepas selesai untick, klik Save Changes

Nah..sekarang inbox emel anda tidak akan dibanjiri oleh emel daripada FB lagi... (=