Sunday, October 31, 2010

Pembetulan Ejaan

Semasa menaip ayat ini, Sis Fiza dapati terdapat garis merah pada 2 perkataan. Kenapa ye? Oh, tersilap eja rupanya. Macam mana ye nak betulkan ejaan ni tanpa perlu menaip semula perkataan tersebut? Ada tak caranya?

 Oooo..ada.. Cuma perlu letakkan cursor pada perkataan tersebut, right click  tetikus, lepas tu terteralah beberapa perkataan. Maka pilihlah ejaan yang tepat dengan ayat kita. 

Tapi..tiada pula perkataan Fiza dalam kamus ni. Habis tu nak buat macam mana pula ni? Alah.. pilih ignore lepas right click pada perkataan tu. 

Akhirnya... tiada lagi sebarang kesilapan pada ejaan dan ayat yang ditulis. Mudah sajakan untuk mengesan kesilapan ejaan & tatabahasa Bahasa Inggeris dengan menggunakan Microsoft Word ni. 
Selamat memaksimumkan kemudahan yang disediakan di Microsoft Word.. =D

Sunday, October 24, 2010

Pembetulan Ayat


Sis Fiza dulu guna komputer hanya untuk menaip sahaja (dan dengar nasyid (= ), tak tahu sangat cara penggunaan dan penjagaan komputer. Bahkan takut untuk explore komputer lebih-lebih, takut komputer meragam. Alhamdulillah, sekarang setelah 'bertumas' di kedai komputer membantu suami ni, sedikit sebanyak pengetahuan mengenai komputer makin bertambah dan Sis Fiza gembira dengan sedikit pengetahuan yang ada, Sis Fiza boleh kongsikan dengan pembaca semua di blog yang tak seberapa ini. 

Banyak ilmu informal yang Sis Fiza dapat semasa memerhatikan saudara-mara dan sahabat handai menggunakan komputer. Sis Fiza masih ingat lagi sewaktu berada di Matrikulasi UIA PJ satu ketika dahulu, Sis Fiza asyik memerhatikan sahabat baik, Ukhti Azuni menyiapkan assignment Bahasa Inggeris. 

Semasa mengedit assignment tersebut, Sis Fiza lihat dia 'right click'  tetikus pada ayat (yang bergaris hijau secara automatik) seperti foto di bawah ini. 


Setelah 'right click', keluar dua ayat pilihan yang berlainan seperti foto ini.


Sis Fiza lihat Ukhti Azuni memilih salah satu daripada dua pilihan tersebut dan ayat tadi bertukar seperti foto di bawah. (ayat Sis Fiza taip ni sekadar contoh)


Barulah Sis Fiza tahu rupanya fungsi garis hijau yang sentiasa tertera semasa menaip di Microsoft Word itu tandanya  tatabahasa Bahasa Inggeris yang kita gunakan adalah salah. Cara untuk memperbetulkannya ialah dengan 'right click' pada garisan itu dan kita hanya perlu pilih ayat mana yang sesuai dengan karangan kita. 

Mulai hari itu, mulalah Sis Fiza menggunakan fungsi cek 'Grammar' pada setiap assignment sebelum dihantar kepada pensyarah. (tapi untuk Bahasa Inggeris sahaja). 

Terima kasih banyak-banyak kepada Ukthi Azuni atas ilmu yang diperolehi secara tidak formal ini. (Ukhti Azuni sekarang sedang menanti saat-saat kelahiran bayi pertama. Semoga Allah permudahkan segala urusan Acik. Angah rindu Acik tau!)


Saturday, October 23, 2010

Tulisan Arab (Windows 7)

Entri sebelum ini saya ada kongsikan cara nak mengaktifkan software Tulisan Arab untuk Windows XP. InsyaAllah, pada entri ini saya akan kongsikan pula langkah yang perlu dibuat untuk mengaktifkan software ini untuk Windows 7. 

Control Panel --> Clock Language and Region 
Region and Language
Keyboards ang Languages --> Change Keyboards
General --> Add
Pilih Arabic (Saudi Arabia) --> keybooard Arabic (101)

Selamat Mencuba. (=


Monday, October 18, 2010

Tulisan Arab (Windows XP)

Entri kali ni Sis Fiza ingin kongsikan cara untuk memasukkan software tulisan Arab di komputer kita.

Apa yang perlu dilakukan?

Bagi pengguna Windows XP:
1) Start - Control Panel - Regional & Language Options - Language - tick di ruangan Install files for complex script right-to-left languages (including Thai) - apply.


sekiranya setelah tekan apply, keluar arahan supaya memasukkan CD, anda perlu masukkan CD Windows. (biasanya diberi semasa anda membeli laptop). Sekiranya tiada, boleh minta tolong mereka yang menawarkan servis ini untuk membantu anda.

2) Details - Settings - Add - Pilih bahasa yang diingini - Arabic (Saudi Arabia) - OK

Ok, selamat mencuba... (=


Budget 2011

Berita terkini: Kerajaan menarik balik peruntukan pembinaan Menara Merdeka 100 tingkat yang menelan belanja RM 5 billion. Wang tersebut disalurkan kepada industri pendidikan negara dengan menghapuskan pinjaman PTPTN. Kerajaan berpendapat pembinaan menara tersebut tidak menguntungkan rakyat bahkan tindakan sebegini membantu para siswazah daripada bebanan hutang PTPTN yang begitu menghantui mereka setelah tamat pengajian. Inilah pasca negara berkebajikan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah imaginasi Sis Fiza. Minta maaf ye.. (=

Menara Warisan 100 tingkat - RM 5 billion
Apakah manfaat yang kita (rakyat biasa) dapat daripada pembinaan menara ini? 

Sis Fiza amat berbesar hati andainya ada pemimpin (terutamanya di Kementerian Pengajian Tinggi - yang tentunya lebih memahami para mahasiswa/siswazah) yang berjuang mahu membela para siswazah ini. Cukuplah berjuang supaya PTPTN digantikan dengan biasiswa. Ramai mahasiswa akan terbela, tidak lagi dibebani hutang sesudah tamat pengajian. Apabila membuat pinjaman PTPTN, sebaik sahaja tamat pengajian di universiti,  kita akan diekori oleh surat-surat 'cinta' PTPTN sampai pening kita dibuatnya. 

Andaikan kita berhutang dengan PTPTN sebanyak RM 26 000, mahu bayar balik dalam masa 10 tahun. Jumlah bayaran bukannya RM 26 000 tetapi kita 'dipaksa' membayar kos pentadbiran sebanyak RM 65 setiap bulan bermulanya selepas cukup pinjaman itu diterima (mengikut perjanjian).

Jadi jumlah bayaran sebagaimana berikut:
Pinjaman diterima :                                                RM 26 000
Kos pentadbiran: RM65 x 120bulan (10 tahun)  =    RM   7800
Jumlah yang perlu dibayar                                      RM33 800

Jadi, selepas bergelar siswazah, dengan disedari atau tidak, kita telah pun menanggung bebanan hutang yang menggunung tinggi banyaknya. Itu tak termasuk dengan kos-kos sara hidup yang lain, beli kereta, beli rumah dan sebagainya. RM 33 800 itu teramat besar jumlahnya, sekiranya dapat ditukar kepada biasiswa, sekurang-kurangnya kehidupan kita lebih bahagia tanpa hutang. Kita dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan dengan hati yang tenang. Ini mendorong meningkatkan kualiti kerja kita dan seterusnya kita dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara. 

p/s: Sis Fiza mahu keluar dari sistem kapitalis yang memaksa kita berhutang sepanjang hayat! (bayar jumlah yang diberi pinjam je)

Thursday, October 14, 2010

Antivirus

Salah satu software penting yang perlu ada di komputer sekarang ialah antivirus. Tujuannya untuk mengelakkan komputer kita daripada dijangkiti virus yang pelbagai terutamanya bagi pengguna Operating System (OS) Windows. Kami Alhamdulillah, terselamat kerana menggunakan OS Ubuntu, yang mana virus tidak dapat menyerang OS ini.

Setiap komputer cukup hanya dibekalkan dengan satu jenis Antivirus sahaja, sama ada Kaspersky, Avira, AVG atau sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama). Kami tidak menggalakkan anda menggunakan 2 atau 3 antivirus yang berlainan sekaligus.

Entri kali ini, Sis Fiza ingin berkongsi cara bagaimana untuk menukar menggunakan antivirus A ke antivirus B. Uninstall dulu antivirus A kemudian baru install antivirus B. Maklumat terperinci boleh lihat catatan di bawah ini.

Ni contoh uninstall Antivirus Avira

Langkah 1: 
'Right Click' pada lambang Antivirus asal di icon Taskbar - untick Antivirus Guard enable (abaikan sekiranya tiada)

Langkah 2:
Start - Control Panel - Add or Remove Programs (Windows XP) - highlight antivirus tersebut - remove / uninstall


Ikut arahan yang diberikan sampai habis.

Langkah 3:
Start - Run -  taip 'regedit' - HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFTWARE - klik pada folder antivirus yang digunakan - delete (abaikan step ini sekiranya folder antivirus tersebut tiada)


Langkah 4:
Install Antivirus yang baru mengikut arahan yang diberikan.

Sekian, wassalam.

Tuesday, October 12, 2010

Huruf bertukar nombor

Ada pelanggan datang berjumpa Sis Fiza dan beliau mengadu keypad laptop bermasalah. Menurut beliau, ada beberapa perkataan yang ditaip bertukar menjadi nombor. Tekan keypad J tertera nombor 1, K - 2, L - 3, U - 4, I - 5, O - 6.

Sekiranya anda mengalami situasi begini, anda perlu tahu, keypad laptop anda tidak bermasalah. Cuma anda ada tertekan keypad Num Lock tanpa disedari. Keypad tadi mempunyai 2 fungsi; digunakan untuk menaip huruf dan juga nombor. Cuba lihat keypad laptop anda, ada tak tertera nombor pada keypad J, K, L, U, I, O?

Jadi, untuk mengembalikan keypad berfungsi seperti biasa, anda hanya perlu tekan key {fn} - dibahagian bawah sebelah kiri dan tekan key {num lk} - dibahagian atas sebelah kanan secara serentak.

klik gambar untuk melihat paparan lebih besar
p/s: Mereka yang selalu menaip nombor biasanya suka guna keypad J, K, L, U, I, O ni sebab senang kedudukan nombor yang berdekatan. 

Monday, October 11, 2010

RAM

RAM adalah singkatan kepada Random Access Memory (Memori Capaian Rawak).

RAM komputer

RAM bertindak sebagai melajukan pencarian di komputer kita. RAM yang berkapasiti 256Mb, boleh di 'upgrade' kepada 512Mb / 1Gb / dll. Semakin besar kapasiti RAM, semakin laju komputer kita berfungsi.

Bagaimana untuk mengetahui kapasiti RAM komputer kita? Mudah saja. Ikuti langkah ini;

Right Click My Computer - Properties - General
atau
Start - Control Panel - System - General 


Di sini ada ditulis kapasiti RAM dan juga maklumat lain mengenai komputer kita; Windows yang digunakan (XP / Vista / 7), processor (AMD / Intel), dan sebagainya.

Sunday, October 10, 2010

Virus Short Cut

Entri kali ini Sis Fiza akan kongsikan cara untuk menangani virus 'short cut' secara satu persatu memandangkan semakin ramai yang terkena virus ini di komputer mereka.

Scan disk yang terkena virus tersebut sama ada C / D / E / pendrive / external hard disk dll (gambar ini menggunakan antivirus Avira)
 Setelah siap scan, buka bahagian yang di 'scan' tadi sama ada melalui 'address bar' sebagaimana gambar ini atau buka melalui 'explorer', atau boleh juga dibuka melalui 'right click' partition tadi  - OPEN. Elakkan buka disk dengan 'double click' disk tersebut.
Ni foto virus 'short cut' yang menyerang laptop pelanggan kami.
Folder yang tertulis 'short cut' ini hendaklah di 'delete' satu persatu. Bagaimana nak mengenal sama ada folder itu adalah virus atau tidak?  Kebiasaannya saiz folder virus adalah sama contohnya berkapasiti 1KB (seperti foto ini), atau 2,3 folder berlainan berkapasiti 100KB/150KB dll. Point di sini, folder itu bukan milik anda tetapi  mempunyai kapasiti yang sama besar.

Setelah folder virus di 'delete', hanya fail ini yang tinggal sedangkan ada lagi fail yang hilang. Cara untuk dapatkan semula fail / folder yang hilang ikuti langkah di bawah ini


-> MY COMPUTER -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP)
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> tick pada ‘Show hidden files and folders’.
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu
      ‘Hide extentions for known file types’ dan 
      ‘Hide protected operating system files’. 
Selepas untick "Hide Protected Operating System Files", akan keluar Warning begini, klik YES


Anda akan dapati folder anda yang hilang tadi muncul semula tetapi warna folder tersebut samar-samar. Anda letakkan 'cursor' pada folder yang diingini, kemudian  'right click' - Properties - General-


Untick ruangan 'Hidden'

Sekiranya ruangan 'Hidden' tidak boleh untick sepertimana gambar ini, ikuti langkah di bawah.

Buka folder tersebut, 'copy' semua file anda, kemudian 'paste'kan ke folder baru. Lakukan begini untuk semua folder yang samar-samar.

Akhir sekali, setelah selesai dapatkan semula file & folder, ikuti langkah seterusnya di sini.

Wednesday, October 6, 2010

Silap Kedudukan

Anda pernah alami situasi ini tak? Semasa ingin menaip di Microsoft Word, tulisan rumi tiba-tiba bermula dari kanan ke kiri (macam menulis Jawi pula)?

Tulisan berada di sebelah kanan seperi kedudukan di dalam gambar ini

Anda tidak perlu panik. Komputer anda tidak bermasalah. Cara nak mengembalikan tulisan bermula dari kiri ke kanan seperti biasa boleh dilihat gambar di bawah ini.  

Sila klik gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas

Anda hanya perlu klik ikon "Left to Right Text Direction" seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas sahaja. Kalau nak tulis Jawi / Bahasa Arab klik ikon yang disebelahnya pula "Right to Left Text Direction".