Sunday, August 29, 2010

Cara Penjagaan Software



Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan Al-Mubaarak

Pada entri kali ini Sis Fiza ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai cara-cara penjagaan software supaya potensi komputer sentiasa berada pada tahap maksima.

1) Menggunakan Disk Defragmanter.

Perisian ini sebenarnya mampu mempercepatkan komputer anda dengan menyusun fail-fail di hard disk supaya lokasi antara fail lebih dekat. Dengan kata lain, komputer anda akan jadi lebih cepat mengakses fail-fail dalam hard disk. Perumpamaan yang boleh dibuat ialah seperti mencari buku di rak yang bersepah dan tersusun, mana lebih cepat? Jadi selalulah susun fail di komputer anda menggunakan Disk Defragmenter.

Untuk menggunakannya: START -> ALL PROGRAMS -> ACCESSORIES -> SYSTEM TOOLS -> DISK DEFRAGMENTER.


Gambar semasa mula-mula defrag disk (bagi pengguna Windows XP)


Gambar selepas defrag disk (bagi pengguna Windows XP)
2) Menggunakan Disk Cleanup

Perisian ini juga boleh membantu untuk meningkatkan potensi komputer dengan ‘membersihkan’ hard disk komputer anda. Disk Cleanup akan mengenalpasti fail-fail yang sudah tidak digunakan untuk dibuang bagi melancarkan komputer anda. Antara fail yang dikenalpasti : temporary Internet files, Recycle Bin, Windows temporary files, optional Windows components. 

Untuk menggunakannya: START -> ALL PROGRAMS -> ACCESSORIES -> SYSTEM TOOLS -> DISK CLEANUP


Disk Cleanup
Selamat mancuba!







Saturday, August 21, 2010

Jangkitan Virus


Macam mana anda 'open' pendrive atau external hard disk dan 'hardware' lain?

Pernah tak terjadi selepas menggunakan thumbdrive / external hard disk / disket / memory card, komputer terus diserang virus?

Sebenarnya ada cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan komputer kita diserang virus yang berpunca daripada hardware tersebut.

Kebiasaannya selain daripada 'open' terus melalui 'autoplay', ramai yang 'open' 'hardware' ini dengan cara 'double click' kat icon di 'My Computer'. Betul tak?

Sebenarnya dengan 'open' cara sebeginilah yang menyebabkan komputer kita terus diserang virus.

Cara selamat nak guna tanpa diserang virus adalah dengan cara berikut:

- klik cancel di autoplay / paparan yang keluar secara automatik apabila komputer detect hardware anda

-  scan dahulu thumbdrive / external hard disk / disket / memory card anda

- klik 'My Computer'

- open melalui address bar yang sebelah atas 'My Computer'.

atau

- 'right click' pada icon di 'My Computer' -> open / explore

atau

- buka melalui window explorer

p/s: Andainya komputer anda tidak dibekalkan antivirus, mengamalkan 'open' dengan cara sebegini dapat elakkan komputer daripada terkena virus, InsyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

Ubuntu

Pernah dengar mengenai Ubuntu tak? (baca U {you} buntu)

Ubuntu ialah sebuah sistem operasi sama seperti Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Akan tetapi sistem operasi Ubuntu berasaskan Linux.

Kami mula menggunakan Ubuntu sejak keluaran Ubuntu 9.10. Apa yang menarik Ubuntu 10.04 yang dikeluarkan pada awal bulan Mei baru-baru ini adalah setanding Windows 7 mengikut beberapa orang pengguna.

Antara kelebihan Ubuntu, OS diberikan secara percuma, cuma download dan install sahaja di komputer kita. Selain itu, komputer kita terselamat daripada diserang virus, dan amat sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan pada komputer mereka. Kita diberi peluang untuk 'mengkreatifkan' diri merekaletak dan mempelbagaikan tema di paparan komputer kita.

Kalau anda nak cuba guna Ubuntu, boleh layari website ini http://www.ubuntu.com/

Fail tiba-tiba hilang!

Sejak akhir-akhir ni Sis Fiza banyak terima aduan (ewahhhh..macam Aduan Rakyat TV3 pulak..hehe) mengenai fail-fail yang disimpan di komputer / thumdrive / external hard disk tiba-tiba hilang walaupun mereka tidak pernah 'delete' fail tersebut.

Pembaca blog Sis Fiza semua bagaimana? Ada terjadi macam ni juga tak? Kalau ye, ketahuilah komputer anda sedang diganggu oleh sejenis virus yang mana virus ini kerjanya menyembunyikan fail dan menukar fail sebenar daripada ‘folder’ ke ’shortcut’. 

Jadi cara yang paling mudah untuk anda mengesan semula fail anda ialah dengan KLIK ke 
-> MY COMPUTER/CONTROL PANEL -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> klik/tick pada ‘Show hidden files and folders’. 
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu ‘Hide extentions for known file types’ dan ‘Hide protected operating system files’.

Selepas buat semua ini, anda akan dapat lihat segala fail asal dalam folder yang telah disembunyikan virus. Pindahkan semua fail tersebut ke dalam folder baru untuk selamatkan fail anda.

p/s: Kalau Folder Option pun tiada, itu tandanya komputer anda sedang dijangkiti virus dan perlu dibaiki. 

Wednesday, August 18, 2010

File Privacy


Tentu ada di antara kita yang mahukan ‘privacy’ dalam menyimpan fail-fail penting peribadi / oraganisasi di komputer supaya tiada orang lain yang dapat membacanya.

Sukalah Sis Fiza kongsikan di sini cara untuk letakkan password di fail peribadi milik anda di Microsoft Word / Excel. Klik;-

-> File (Office 2003) / Office Button (Office 2007)

-> Save / Save As

-> Tools

-> General Options

-> Password to Open (letakkan password yang diingini)
AWAS! Pastikan anda sentiasa ingat password tersebut.

-> Password to modify (boleh pilih mahu letak atau tidak)

-> Re-enter Password

-> OK

Sekarang, dokumen penting anda dah selamat daripada dibaca oleh orang lain (melainkan anda yang memberitahunya).

Selamat mencuba!

Tuesday, August 17, 2010

Tempat Selamat Simpan Fail / Dokumen Peribadi

Semasa Sis Fiza baiki laptop, Sis Fiza dapati ramai pelanggan 'save file' penting di 'partition / local disk' C. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tempat yang sesuai untuk simpan fail-fail penting adalah selain dari local disk C sebab kebiasaannya sistem komputer berada di situ. Tetapi ada juga terdapat komputer yang sistem dia selain di C, mungkin di local disk D atau E.

Tak kiralah sistem berada di local disk mana pun, poin penting di sini, elakkan simpan fail di 'My Document' /  'Desktop' / 'My Pictures' / 'My Videos' dan sebagainya, di local disk yang ditempatkan sistem komputer (melainkan komputer yang hanya ada satu partition sahaja).

Bagaimana pula untuk mengenali partition mana yang diletakkan sistem tu? Mudah saja. Cek kesemua local disk, yang mana ada folder WINDOWS, di situlah terletaknya sistem komputer kita.

Penting sangat ke simpan fail di local disk selain C? Ya, sangat penting kerana apabila komputer kita bermasalah dan perlu di format, tempat yang diformat adalah di local disk di mana terletaknya sistem komputer kita. Sistem komputer yang lama perlu ditukar kepada yang baru. Jadi semua fail penting yang tersimpan di situ akan hilang. (kecuali hard disk yang bermasalah)

Jadi, sebelum terlambat, apa kata kita bertindak sekarang. Cek fail-fail penting berada di mana. Pindahlah ke tempat yang selamat.

~ Sediakan payung sebelum hujan ~

Monday, August 16, 2010

Cara nak tahu skrin laptop rosak

Sekarang ni banyak terjadi kes skrin laptop tiba-tiba jadi gelap, tak nampak apa-apa tulisan. Kadang-kadang putih jer. Ada jugak yang jadi bergaris-garis. Sesetengahnya nampak retak kat skrin.

Kalau nak tahu betul atau tidak skrin rosak senang jer nak cek iaitu dengan menyambungkan ke skrin komputer desktop. Tak kiralah Flat screen ke CRT. Cara nak sambung sama macam guna LCD Projector. Jika kat skrin ada keluar windows macam biasa maka sahlah skrin rosak. Jika tidak mungkin Motherboard rosak.

Macam tulah Sis Fiza cek dan sahkan yang skrin pelanggan rosak atau tidak. Kalau nak tukar yang baru RM400 dan 2nd Hand RM300. Warranty selama sebulan.

PS: kalau nak cek menggunakan LCD projector pun boleh.

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pengunjung blog Sis Fiza. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat penuhinya dengan memperbanyakkan ibadah sunat (yang wajib sudah semestinya!).

Pada bulan Ramadhan yang mulia inilah masa yang paling sesuai untuk kita menambahkan amal ibadat dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa kepada kamu sebagaimana diwajibkan kepada kaum-kaum sebelummu, mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah:183)

Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya. Berpuasa dapat memberikan kerehatan kepada tubuh kita setelah hampir setahun ia bekerja tanpa henti. Ibarat laptop, apabila kita menggunakannya selama 24 jam tanpa henti setiap hari, kebarangkalian untuk cepat rosak amat tinggi. Sebab itu kita dinasihatkan supaya 'shut down' sekejap laptop dalam 2-3 jam sekali, untuk memastikan ia tahan lama. Begitu juga tubuh kita, ia perlu direhatkan untuk memastikan ia dapat diguna dengan lebih lama tanpa dihinggapi sebarang penyakit.

Sunday, August 8, 2010

Simpan CD

Untuk permulaan, Sis Fiza ingin pesan kepada rakan sekalian supaya simpan semua CD yang diberikan semasa membeli laptop / desktop / printer. Biasanya pembeli akan dibekalkan CD driver, CD Windows  (sekiranya anda menggunakan Windows original) &  installer printer.
 
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu disimpan? Penting sangat ke? Jawapannya...Ya, penting! Andainya komputer anda mengalami masalah dan perlu diformat semula, CD-CD terutama CD driver sangat penting untuk memastikan komputer anda dapat digunakan seperti sediakala.

Setiap 'hardware' seperti speaker, webcam, dan sebagainya yang disediakan, perlu ada pemandu untuk memacu 'hardware' tersebut barulah ia boleh digunakan. Umpama sebuah kereta, kalau tiada pemandu, kereta tidak boleh bergerak. Begitu jugalah komputer kita.

Ok, setakat ini sahaja untuk tips pertama dari Sis Fiza. Jadi, bolehlah cari sekarang di mana CD-CD itu berada dan simpan ia baik-baik.

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum...

Salam semua, Sis Fiza sekarang sedang belajar untuk menjadi blogger. Blog ini Sis Fiza wujudkan untuk  berkongsi pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah komputer daripada benda paling mudah kepada benda paling payah....ceewah, macam dah jadi pakar plak...

Sis Fiza sebenarnya membantu suami di kedai komputer di Gombak. Suamilah yang banyak mengajar Sis Fiza tentang dunia komputer. Sejak hari pertama membantu suami di kedai komputer, hati Sis Fiza mula rasa seronok dan teruja dengan kerja ini.

Semoga anda sudi menjenguk blog Sis Fiza yang simple ini.